web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Tak Perlu Bincang Tarikh Bubar Parlimen, Ismail Sabri Cipta Kelainan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2022 8:00PM

Sejak mencapai kemerdekaan pada 1957, Perdana Menteri tidak pernah melaksanakan perbincangan bersama Jemaah Menteri sekiranya mahu membubarkan Parlimen. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri berhak menentukan tarikh pembubaran Parlimen walaupun tidak mendapat persetujuan daripada Jemaah Menteri.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, keputusan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan pada tahun ini adalah terletak kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa.

Katanya, sejak mencapai kemerdekaan pada 1957, Perdana Menteri tidak pernah melaksanakan perbincangan bersama Jemaah Menteri, sekiranya mahu membubarkan Parlimen yang menjadi amalan kerajaan.

“Itu adalah amalan sejak merdeka Malaya dahulu sehingga 1963 (pembentukan Malaysia), tidak pernah (Perdana Menteri) bincang pun dengan sesiapa hadapi PRU, melainkan dengan pemimpin tertentu.

“Namun, sekarang dikehendakkan supaya Perdana Menteri bincang dahulu supaya diputuskan oleh Kabinet, itu budi bicara Perdana Menteri sebagai Pengerusi Jemaah Menteri.

“Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong adalah proses dan prosedur, namun keputusan untuk bubar keputusan daripada baginda kerana terdapat dalam Perlembagaan. Kalau berlaku (PRU dalam masa terdekat), itu adalah keputusan Agong,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Parlimen di sini, hari ini.

Wan Junaidi berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencipta kelainan dengan melakukan perbincangan bersama barisan Kabinet berhubung pembubaran Parlimen.

“Dua minggu lepas Kabinet sudah bincang soalan berhubung keperluan Perdana Menteri (Ismail Sabri) menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi membubarkan Parlimen.  

“Walaupun tiada persetujuan, tiada tarikh disebut, namun barisan Kabinet dah tahu (pembubaran Parlimen) sudah pun dibincangkan,” katanya.  

Ditanya sekiranya Parlimen akan dibubar sebelum pembentangan Bajet 2023, Wan Junaidi tidak mempunyai perincian berkenaan perkara tersebut.  

“Setakat ini apa diketahui Perdana Menteri kata Bajet 2023 tetap berjalan. Saya tiada maklumat rasmi dari sesiapa pun yang kata ia digantung atau dibatalkan.  

“Saya tiada maklumat itu, cuba tanya Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz,” katanya.  

Terdahulu, wujud ura-ura mengatakan Perdana Menteri dijangka menghadap Al-Sultan Abdullah, Khamis ini bagi meminta Parlimen dibubarkan segera.

Ia susulan keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Jumaat lalu yang membuat beberapa ketetapan, termasuk pembubaran Parlimen dalam masa terdekat supaya PRU-15 diadakan tahun ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Perdana Menteri akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, keputusan mesyuarat itu adalah berasaskan pendirian konsisten UMNO sejak dari awal untuk memulangkan mandat rakyat yang tertangguh akibat pandemik COVID-19, selepas tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana persengketaan dalaman politik sesama mereka.

Bagaimanapun, keputusan itu dibidas pelbagai pihak dengan menganggap UMNO sebagai parti ‘mementingkan diri sendiri’ sehingga sanggup mengetepikan keselamatan rakyat, memandangkan hujung tahun biasanya menyaksikan berlaku banjir besar. - Getaran, 4 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tun Dr Wan Junaidi Angkat Sumpah Sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak Kelapan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

TPM Fadillah Ucap Tahniah Pelantikan Wan Junaidi Sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Wan Junaidi Dilantik Yang Dipertua Negeri Sarawak Baharu

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana RM700 Juta: 'Ya, Kami Ambil Keterangan Ismail Sabri' - SPRM

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95