web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Muhyiddin Senada Dengan PAS, PRU-15 Tak Wajar Tahun Ini

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2022 5:15PM

Muhyiddin Yassin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas PAS, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendirian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak wajar diadakan pada tahun ini memandangkan Monsun Timur Laut akan bermula tidak lama lagi.

Menurut beliau, tindakan mengadakan pilihan raya semasa musim banjir, tentunya akan menjejaskan perjalanan pilihan raya di samping menyusahkan rakyat.

“Kerajaan mesti memberi fokus kepada persiapan menghadapi musim banjir di samping terus memberi tumpuan kepada usaha mempercepatkan proses pemulihan negara pasca pandemik.

“Rakyat sedang terbeban dengan masalah inflasi, kenaikan harga barang dan kejatuhan nilai ringgit di samping proses pemulihan negara yang masih perlahan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas beliau, penyelesaian kepada permasalahan ini mesti diberikan tumpuan sepenuhnya oleh kerajaan terutama menerusi Bajet 2023.

“Anggota Jemaah Menteri dari PN telah diminta untuk mempertegaskan pendirian ini di dalam Mesyuarat Kabinet.

“Semua Ahli Parlimen PN juga diminta mengambil pendirian sama,” katanya.

Terdahulu, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan pembubaran Parlimen dalam tempoh terdekat bagi membolehkan PRU-15 diadakan adalah tindakan yang tidak wajar dan tidak perlu disegerakan.

Beliau berkata, pendirian itu mengambil kira faktor pemulihan ekonomi dan jangkaan musim tengkujuh yang menyukarkan rakyat serta jentera kerajaan.

“PAS berpendirian dalam apa jua keadaan, kepentingan negara dan rakyat hendaklah didahulukan.

“Di samping langkah pemulihan ekonomi yang perlu terus disokong, khususnya melalui Belanjawan 2023 akan dibentangkan,” katanya.

Pada Jumaat lalu, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO membuat beberapa ketetapan, termasuk pembubaran Parlimen dalam masa terdekat supaya PRU-15 diadakan pada tahun ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, keputusan mesyuarat itu adalah berasaskan pendirian konsisten UMNO sejak dari awal untuk memulangkan mandat rakyat yang tertangguh akibat pandemik COVID-19, selepas tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana persengketaan dalaman politik sesama mereka.

Bagaimanapun, keputusan itu dibidas pelbagai pihak dengan menganggap UMNO sebagai parti ‘mementingkan diri sendiri’ sehingga sanggup mengetepikan keselamatan rakyat, memandangkan hujung tahun biasanya menyaksikan berlaku banjir besar. - Getaran, 4 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

MB Terengganu Ketua Pembangkang Baharu

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

3

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM