web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Keputusan Pecat, Gantung Ahli UMNO Dibuat Secara Bersama - Zahid

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2022 2:01PM

Ahmad Zahid berkata keputusan UMNO memecat dan menggantung keahlian beberapa ahlinya dibuat secara kolektif serta musyawarah demi kepentingan parti. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan UMNO memecat dan menggantung keahlian beberapa ahlinya dibuat secara kolektif dan musyawarah demi kepentingan parti.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, tiada mana-mana individu berkepentingan di sebalik keputusan itu malah ia tindakan yang diputuskan bersama demi kemaslahatan UMNO.

"Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kemuafakatan, kebersamaan serta perpaduan UMNO bergerak sehati sejiwa perlu diperkasakan. Sebarang anasir yang boleh memecah belah atau mengganggu-gugat ditangani sebaik mungkin dengan respons sewajarnya.  

"Begitu juga terhadap anasir dalaman yang berusaha memburuk-burukkan institusi kepimpinan parti yang menjadi benteng kepada perjuangan UMNO. Jika institusi ini dilemahkan dengan anasir dalaman yang merekayasa dakyah dan tohmahan, tentunya akan merosakkan keharmonian," katanya menerusi kenyataan.

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail
Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Bukan saja UMNO, tambah Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), badan politik lain juga melakukan tindakan yang sama bagi memastikan institusi kepimpinannya dihormati.

Tegas beliau, sekarang bukan masa untuk menoleh kebelakang dan UMNO telah mengambil tindakan serta keputusan bersama demi kepentingan parti tersebut.

“Apa yang telah berlaku adalah suatu penegasan oleh parti bahawa UMNO tidak pernah tentang individu. UMNO adalah mengenai rakyat dan negara.

"UMNO sebuah perjuangan agama, bangsa dan tanah air. Kesilapan lalu tidak boleh berulang. Gunting dalam lipatan perlu dikekang,” katanya.

 Malah beliau berkata, gerak kerja PRU-15 menjadi fokus utama sehingga tiba tarikh penting itu.

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Jumaat lalu memutuskan memecat keahlian Ketua UMNO Cawangan Projek Perumahan Awam (PPA) Sri Labuan yang juga blogger, Datuk Zaharin Mohd Yasin daripada parti berkuat kuasa serta-merta, mengikut Fasal 10.6 dibaca bersama Fasal 5.9.

Tindakan itu yang diumumkan Setiausaha Agung, Datuk Ahmad Maslan, diambil selepas ketua UMNO cawangan itu didapati melanggar Etika Ahli di bawah Fasal 20.9 Perlembagaan parti.

Selain itu, Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail dilaporkan mengesahkan beliau digantung keahlian parti selama enam tahun.

Mohd Yusuf berkata, keputusan sama turut dikenakan terhadap Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman. - Getaran, 3 Oktober 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 2 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad