web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Tak Usah Tanya Saya Mengapa, Ini Pilihan Saya' - Xavier

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2022 1:08PM

Dr Xavier Jayakumar - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar menegaskan tiada keperluan untuk mempersoalkan tindakan beliau memilih Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan bukannya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) atau mana-mana parti kompenen Barisan Nasional (BN).

Beliau memberitahu Utusan Malaysia bahawa tindakan menyertai PBM adalah “pilihan sendiri” dan enggan mengulas lanjut mengenainya.

“Tidak usah tanya saya mengapa saya tidak pilih parti lain. Ini adalah pilihan saya. Saya tidak ada jawapan lain.

“Sekarang ini apa yang kita tahu, Pilihan Raya Umum (PRU) semakin hampir”, katanya.

Edmund Santhara Kumar - Gambar fail
Edmund Santhara Kumar - Gambar fail

Pada Sabtu lalu, Xavier dan Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Edmund Santhara Kumar diumumkan sebagai pemimpin terbaharu menyertai PBM selepas selesai Persidangan Agung Tahunan (AGM) parti itu di Shah Alam.

Presiden penggantinya, Datuk Zuraida Kamaruddin turut berseloroh bahawa PBM sedang dalam proses menapis dua lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Negeri Sembilan yang membuat permohonan untuk menyertai parti tersebut.

Dengan kehadiran Santhara dan Xavier dalam PBM, parti tersebut kini mempunyai enam Ahli Parlimen iaitu Zuraida (Ampang), Presiden PBM Datuk Larry Sng (Julau), Steven Chong (Tebrau) dan Datuk Mohammaddin Ketapi (Lahad Datu).

Kesemuanya mereka berpaling tadah dari parti lain.

PBM juga disertai beberapa ADUN yang melompat parti seperti A.Sivasubramaniam (Buntong), Paul Yong Kiong (Tronoh), Leong Cheok Keng (Malim Nawar), Haniza Mohamed Talha (Lembah Jaya) dan Daroyah Alwi (Sementa).

Sementara itu, Sng semalam menegaskan beliau masih mengetuai parti itu selepas media melaporkan Zuraida sebagai presiden baharu PBM selepas AGM pada Sabtu lalu.

Beliau berkata, penyerahan jawatan presiden kepada Zuraida yang juga Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi perlu melalui proses sewajarnya. 

“Sekadar ingin menjelaskan, sekiranya pilihan raya diadakan sebelum peralihan selesai, saya tetap akan menandatangani watikah calon pada PRU-15,” katanya.

Zuraida Kamaruddin
Zuraida Kamaruddin

Pada 26 Mei lalu, Zuraida mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan BERSATU dan menyertai PBM. 

Zuraida diumumkan sebagai Presiden Pengganti parti itu pada 9 Jun lalu.

Dalam pada itu, Zuraida berkata, parti berkenaan masih dalam proses perbincangan lanjut mengenai permohonan memasuki Barisan Nasional (BN).

Beliau diberi mandat untuk mengetuai delegasi parti dalam mesyuarat dan rundingan dengan pemimpin parti lain, terutama berkaitan perbincangan membentuk kerjasama politik. 

PBM sedang menunggu kelulusan daripada menyertai Barisan Nasional sebagai parti komponen. - The Vibes, 3 Oktober 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad