web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Usaha Pulih MN Mesti Berpandukan Prinsip, Semangat Piagam Asal Dimeterai

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2022 7:01AM

Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebarang usaha memulihkan Muafakat Nasional (MN), apa jua bentuk permuafakatan dan kerjasama mestilah kembali berpandukan kepada prinsip serta semangat piagam asal, sebagaimana pernah dimeterai dan disepakati - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO hakikatnya tidak pernah memadamkan agenda penyatuan ummah yang menjadi asas kestabilan politik tanah air.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, atas hakikat itu, sejak dari awal parti berkenaan sentiasa menekankan soal keikhlasan dan kejujuran dalam apa jua bentuk permuafakatan.

Namun, katanya, UMNO tidak sesekali dapat menerima mereka yang berterusan melakukan pengkhianatan dan mengambil sikap dengan menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai musuh utama.

“Justeru, sebarang usaha memulihkan Muafakat Nasional (MN), apa jua bentuk permuafakatan dan kerjasama mestilah kembali berpandukan kepada prinsip serta semangat piagam asal, sebagaimana pernah dimeterai dan disepakati,” katanya menerusi kenyataan.

Mengulas mengenai dakwaan pertemuannya dengan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Ahmad Zahid berkata, pelbagai spekulasi timbul berhubung perkara itu.

Ahmad Zahid memaklumkan, Abdul Hadi mengunjunginya di kediaman beliau pada 17 September lalu.

Katanya, pertemuan empat mata tersebut berlangsung dengan penuh harmoni berteraskan semangat mahabbah dan ukhuwwah persaudaraan Islamiah.

“Banyak perkara diperbincangkan, termasuklah mengenai agenda penyatuan ummah yang pernah digerakkan bersama satu ketika,” katanya.

Menurut Ahmad Zahid, semangat kerjasama politik atau ‘taawun siyasi’ antara UMNO-PAS pada waktu itu, berpaksikan kepada keinsafan betapa perlunya dua parti induk Bumiputera Melayu-Islam terlebih dahulu diperkasakan, bagi memungkinkan terlaksananya penyatuan ummah dalam erti kata sebenar.

“Penyatuan berteraskan keindukan Bumiputera Melayu Islam ini adalah kunci keharmonian dalam kemajmukan Malaysia yang berbilang kaum.

“Sehubungan dengan ini juga, apa juga aspek yang bersangkutan isu terbabit, haruslah dirujuk kepada kenyataan melalui saluran rasmi saya mahupun parti,” katanya. – Getaran, 3 Oktober 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 9 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad