web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PAS Mungkin ‘Cerai’ PN Untuk Bersama UMNO

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2022 7:02AM

Kebelakangan ini, tindakan dan kenyataan beberapa pemimpin PAS, membayangkan parti itu mula cuba ‘melepaskan diri’ daripada Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kebelakangan ini, tindakan dan kenyataan beberapa pemimpin PAS, membayangkan parti itu mula cuba ‘melepaskan diri’ daripada Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ia susulan mereka seolah-olah tidak bersetuju atau memberikan reaksi bertentangan dengan kenyataan dibuat Muhyiddin ketika Sambutan Ulang Tahun Ke-6 BERSATU yang meminta semua parti komponen PN, sepakat bahawa musuh utama gabungan itu pada PRU-15 adalah Barisan Nasional (BN).

Kenyataan Pengerusi PN itu mungkin kurang dipersetujui kerana seperti diketahui umum, PAS masih dilihat berusaha memperkukuhkan kembali Muafakat Nasional (MN) bersama UMNO, iaitu gagasan dimeterai antara dua parti politik Melayu Islam terbesar di Malaysia berkenaan pada 2019 dengan agenda penyatuan ummah.

Antara bayangan itu adalah apabila Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Mat ketika ditanya media mengenai kenyataan Muhyiddin yang mengisytiharkan bahawa BN adalah musuh PN, sukar memberi maklum balas.

“Saya tak tahulah UMNO ini musuh ke tidak, kita tak nak lawan menang jadi abu, kalah jadi arang, dua-dua tak ada manfaat,” katanya.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali pula mendakwa, istilah digunakan Muhyiddin itu ‘merosakkan’ usaha parti Islam berkenaan yang baru sahaja mahu membina semula jambatan dengan BN, malah meletakkan kedudukan PAS kini dalam dilema.

Manakala, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menegaskan, seluruh pimpinan dan ahli PAS diminta akur serta memberikan wala’ (kesetiaan) kepada arahan Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin, supaya semua pihak yang inginkan perpaduan dan kestabilan negara, menghayati serta merealisasikan agenda penyatuan ummah.

Takiyuddin Hassan berkata, PAS tidak boleh menerima pendirian mana-mana pihak yang melabelkan kumpulan Melayu Islam lain sebagai musuh utama - Gambar Fail Bernama
Takiyuddin Hassan berkata, PAS tidak boleh menerima pendirian mana-mana pihak yang melabelkan kumpulan Melayu Islam lain sebagai musuh utama - Gambar Fail Bernama

Jelasnya, PAS tidak boleh menerima pendirian mana-mana pihak yang melabelkan kumpulan Melayu Islam lain sebagai musuh utama.

Lebih jelas menunjukkan PAS seperti tidak mementingkan ‘persahabatan’ dengan PN apabila media baru-baru ini melaporkan, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan, sekali gus menguatkan dakwaan bahawa MN dihidupkan semula bagi mengelakkan pertembungan dua parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Penerangan PAS, Ir Khairil Nizam Khirudin dilapor berkata, MN mempunyai peluang cerah dihidupkan semula.

Mengulas situasi itu, penganalisis politik dan Geostrategis, Profesor Madya Dr Azmi Hassan berkata, PAS dijangka ‘bercerai’ daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang berada di bawah naungan PN selepas PRU-15, bagi bersama UMNO untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

Beliau berpandangan, keadaan itu berkemungkinan berlaku disebabkan UMNO memerlukan sebuah lagi parti politik bagi menubuhkan kerajaan, sekiranya memenangi PRU-15.

“Selain Gabungan Parti Sarawak (GPS), UMNO memerlukan sebuah lagi parti politik di Semenanjung untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

“Jadi bagi saya, calon terbaik pasca PRU-15 (untuk) UMNO bekerjasama adalah dengan PAS.

“Oleh sebab itulah PAS tidak menutup pintu seketat-ketatnya kerana mereka masih memberi ruang untuk bekerjasama dengan UMNO dalam hal ini (tubuhkan kerajaan pasca PRU-15),” katanya kepada Getaran.

Dr Azmi Hassan berkata, PAS dijangka ‘bercerai’ daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang berada di bawah naungan PN selepas PRU-15, bagi bersama UMNO untuk membentuk kerajaan Persekutuan - Gambar Fail Bernama
Dr Azmi Hassan berkata, PAS dijangka ‘bercerai’ daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang berada di bawah naungan PN selepas PRU-15, bagi bersama UMNO untuk membentuk kerajaan Persekutuan - Gambar Fail Bernama

Azmi berkata, senario tersebut boleh berlaku memandangkan PAS mengetahui bahawa keberadaan mereka di dalam PN, hanya mengundang nasib sama seperti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

PAS juga, katanya, mengetahui bahawa parti itu akan lebih mendapat manfaat jika bekerjasama dengan UMNO dan kenyataan bercanggah dengan Muhyiddin dikeluarkan pemimpinnya, dianggap sebagai isyarat meredakan ketegangan dengan UMNO.

“(Namun) kemungkinan besar kerjasama itu sukar untuk dicapai sebelum PRU-15 kerana UMNO bertegas mahu bergerak solo dan tidak mahu bekerjasama dengan BERSATU.

“Tetapi besar kemungkinan kenapa PAS memberikan isyarat ‘sipi-sipi’ ini adalah untuk pasca PRU-15,” katanya.

Ditanya adakah PAS akan meninggalkan BERSATU dan PN, beliau berkata, ‘tarikan’ untuk berada di dalam kerajaan Persekutuan seperti ketika ini, mungkin boleh mendorong PAS berbuat demikian pada pasca PRU-15.

Bagaimanapun, Azmi menjangkakan tiga negeri akan menyaksikan pertembungan antara PAS dan UMNO pada PRU-15 akan datang.

“UMNO lawan PAS akan berlaku, terutamanya di Kelantan, Terengganu dan Kedah. (Ia) tak dapat dielakkan.

“PAS saya anggap adalah ‘kingmaker’ kerana jika BN peroleh kerusi terbanyak, tapi tak mampu tubuh kerajaan kerana kurang majoriti, maka sebab itu PAS adalah ‘kingmaker’,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali pula berpendapat, percanggahan pendapat antara PAS dan BERSATU disebabkan berbeza hala tuju untuk menghadapi PRU-15.

Dr Mazlan Ali pula berpendapat, percanggahan pendapat antara PAS dan BERSATU disebabkan berbeza hala tuju untuk menghadapi PRU-15 - Gambar Fail
Dr Mazlan Ali pula berpendapat, percanggahan pendapat antara PAS dan BERSATU disebabkan berbeza hala tuju untuk menghadapi PRU-15 - Gambar Fail

Tegasnya, bagi PAS yang mahu memaksimumkan kemenangan mereka pada PRU-15, pertembungan dengan UMNO berkemungkinan menyebabkan parti tersebut kehilangan beberapa kerusi.

“Justeru, selagi mana PAS belum memutuskan secara jelas hala tuju mereka sama ada bersama BERSATU atau UMNO, ia akan membuatkan pengundi atas pagar ‘pening kepala’ untuk memilih parti mana di PRU nanti.

“PAS masih berharap dapat bekerjasama dengan UMNO selepas melihat ‘untung rugi’ pada PRU-15,” katanya.

Namun, beliau berkata, terdapat beberapa kekangan untuk merealisasikan kerjasama PAS dan UMNO.

“Kekangan ini memandangkan UMNO Kelantan dan Terengganu tidak mahu bekerjasama di peringkat negeri masing-masing,” katanya. – Getaran, 3 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

MB Terengganu Ketua Pembangkang Baharu

2

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

3

Politik 5 bulan yang lalu

Ikut Jejak Muhyiddin, Azmin, Peja Letak Jawatan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Politik 2 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad