web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


UMNO Kelantan Serah Senarai Calon PRU-15 Esok - Ahmad Jazlan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2022 6:40PM

Ahmad Jazlan Yaakub - Gambar Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MACHANG - UMNO Kelantan akan menyerahkan senarai nama calon yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kepada Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, esok.

 Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, berkata senarai calon termasuk yang akan bertanding di kerusi Parlimen Jeli itu melibatkan 45 DUN dan 14 Parlimen di Kelantan.

“Seramai 73 calon dikemukakan untuk kerusi Parlimen dan 232 calon untuk kerusi DUN. Bagi kerusi yang sudah ada wakil rakyat daripada UMNO kita akan mengemukakan lima calon, manakala enam nama bagi kerusi-kerusi yang tiada wakil rakyat (UMNO).

“Selebihnya terpulang kepada Presiden parti untuk meneliti dan melihat apakah daripada lima nama ini adalah mereka yang sesuai dan hanya akan dipilih seorang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Gabungan Silaturahim Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kampung Jenereh Bongkok, Pulai Chondong, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Jazlan, yang juga Ahli Parlimen Machang,  berkata senarai calon itu disiapkan mengikut pandangan dan cadangan yang diputuskan dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian-bahagian di negeri itu.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Jazlan, berkata UMNO tidak pernah meninggalkan mana-mana parti yang berikrar, berjanji untuk taat setia, bersahabat dan berkawan.

"Sekiranya berlaku Muafakat Nasional (MN) 2.0, UMNO Kelantan menyerahkannya kepada kepimpinan tertinggi parti untuk membuat keputusan kerana ia melibatkan dasar parti.

"Biarlah di Kelantan kita lakukan 'friendly match' (perlawanan persahabatan) sekiranya betul ada MN 2.0 dan tidak menolak kemungkinan kerana dalam politik semuanya boleh berlaku," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Along Upah 3 Lelaki Rampas Kereta Axia Sebab Ibu Gagal Bayar Pinjaman

2

Politik 3 tahun yang lalu

Terserah Kepada Majlis Tertinggi BERSATU Tentukan Kedudukan Presiden - Muhyiddin

3

Politik 3 tahun yang lalu

Ketika Saya Dipecat, Khairy Dan Noh Hanya Membisu - Zaid Ibrahim

4

Politik 3 tahun yang lalu

‘Itu Hak Perdana Menteri, DAP Serah Keputusan Pelantikan Kabinet Kepada Anwar’ - Loke

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 10 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad