web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Laporan Tak Tepat, Saya Belum Letak Jawatan Presiden PBM’ - Larry Sng

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2022 3:08PM

Larry Sng nafi dirinya diganti sebagai Presiden Parti Bangsa Malaysia. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng menegaskan beliau masih Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM). 

Menurut beliau, laporan media yang mendakwa kerusinya diambil alih Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai tidak tepat. 

Namun katanya, penyerahan jawatan presiden kepada Zuraida yang juga Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi perlu melalui proses sewajarnya. 

“Laporan tidak tepat. Apa yang saya katakan adalah hasrat saya untuk Zuraida bertanggungjawab ke atas PBM dan peralihan kuasa akan berlaku. 

“Bagaimanapun saya masih belum meletak jawatan sebagai presiden PBM,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini. 

Jelas Sng, beliau tidak akan meletak jawatan sebagai Presiden PBM jika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan dalam masa terdekat. 

“Proses sewajarnya perlu dijalankan agar penyerahan jawatan ini dilakukan.

“Sekadar ingin menjelaskan, sekiranya pilihan raya diadakan sebelum peralihan selesai, saya tetap akan menandatangani watikah calon pada PRU-15,” katanya.

Semalam, media melaporkan Zuraida dilantik sebagai Presiden PBM, selepas menerima sokongan sebulat suara perwakilan yang menghadiri mesyuarat agung tahunan parti itu.

Ketua Penerangan PBM, Zakaria Abdul Hamid dilaporkan berkata, wakil Selangor, Jaafar Wahyu telah mencadangkan Zuraida sebagai calon presiden parti untuk mengambil alih jawatan nombor satu dalam PBM. 

Katanya, PBM akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan kedudukan Sng dan terdapat cadangan supaya parti itu mewujudkan tiga jawatan timbalan presiden. 

Pada 26 Mei lalu, Zuraida mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan Parti PribumiBersatu Malaysia (BERSATU) dan menyertai PBM. 

Pada Jun pula, Sng mengumumkan Zuraida sebagai pemimpin PBM yang dipersetujui anggota biro politik dan majlis tertinggi parti itu. 

Beliau diberi mandat untuk mengetuai delegasi parti dalam mesyuarat dan rundingan dengan pemimpin parti lain, terutama berkaitan perbincangan membentuk kerjasama politik. -Getaran, 2 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bukit Aman Digesa Banteras Gengsterisme Di Julau - Larry Sng

2

Politik 3 tahun yang lalu

PBM Selayang Sahkan Bubar Jawatankuasa Bahagian Sejak 15 Januari

3

Politik 3 tahun yang lalu

Ke Mana Hala Tuju Politik Zuraida Selepas Dipecat Daripada PBM?

4

Politik 3 tahun yang lalu

Nasib Zuraida Kini Di Tangan Jawatankuasa Disiplin PBM

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 10 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad