Berita Terkini

7 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


PRU-15: PAS Akan Bincang Semula Bubar DUN Di 3 Negeri

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2022 9:30AM

Senator Datuk Idris Ahmad berkata perbincangan itu dilakukan berikutan Majlis Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada Jumaat mahu agar Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BACHOK - PAS akan mengadakan perbincangan semula bersama pucuk pimpinan tertinggi dalam masa terdekat mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di tiga negeri yang diterajuinya iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Naib Presiden PAS Senator Datuk Idris Ahmad berkata perbincangan itu dilakukan berikutan Majlis Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada Jumaat mahu agar Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini.

"Kalau setakat yang sebelum ini kita punya pendirian tidak bubarkan (DUN), tetapi mungkin akan ada perubahan-perubahan itu.

"Kita akan bincangkan dalam masa terdekat kerana keputusan ini parti yang tentukan sama ada bubar serentak dengan Parlimen atau tidak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Ijtimak Pondok Se-Malaysia di Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan (YIK), Kandis, di sini semalam.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata kerajaan negeri yang diterajui PAS tidak akan membubarkan DUN masing-masing lebih awal daripada Mac 2023. 

Mengulas mengenai resolusi Ijtimak Pondok Se-Malaysia yang mahukan semua calon pilihan raya adalah dalam kalangan individu bukan penyebar fahaman dan ajaran wahabi, Idris yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata pandangan itu akan diperhalusi oleh pucuk pimpinan.

"Pandangan dan cadangan itu, kami akan bawa kepada parti. Terserah kepada pimpinan putuskan nanti," katanya. - Bernama

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Sesat Ketika Daki Bukit Ditemukan Meninggal Dunia

Semasa 18 jam yang lalu

Bakar Mercun Tengah Jalan Raya, Pembantu Bengkel Dicekup Polis

Semasa 1 hari yang lalu

Bergelap Pula, Baru Nak Beli Baju Raya

oleh Wartawan Getaran

Semasa 6 jam yang lalu

Ahmad Rejal Arbee Meninggal Dunia