web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


DAP Dakwa UMNO Tak Hormat Agong, Perlembagaan Persekutuan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2022 11:46AM

Anthony Loke berkata, perincian keputusan dikeluarkan melalui Ahmad Maslan malam tadi dianggap bersifat angkuh dan tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - DAP membidas keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO semalam, dengan menyifatkannya derhaka kepada Yang di-Pertuan Agong dan membelakangi kuasa budi bicara baginda dalam soal pembubaran Parlimen.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, perincian keputusan dikeluarkan melalui Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan itu juga, dianggap bersifat angkuh dan tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.

“Perenggan pertama kenyataan tersebut berbunyi ‘Pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan pada tahun ini juga. Berdasarkan keputusan ini, Perdana Menteri akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan.

“Kata kunci dalam kenyataan tersebut bahawa pembubaran Parlimen mesti diadakan dalam masa terdekat dan pilihan raya pada tahun ini juga, iaitu dalam tempoh masa tiga bulan berbaki seolah-olah merupakan satu pra-syarat ditetapkan MKT UMNO terhadap Yang di-Pertuan Agong tanpa mengambil kira bahawa Perkara 40(1) juga, perlu dibaca bersekali dengan Perkara 40(2) Perlembagaan Persekutuan,” katanya menerusi kenyataan.

Loke berkata, Perkara 40(2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa budi bicara kepada Yang di-Pertuan Agong, iaitu baginda boleh bertindak menurut budi bicaranya dalam melaksanakan fungsi melantik Perdana Menteri dan tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen.

Katanya, ia juga memperuntukkan budi bicara untuk baginda meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja semata-mata berkenaan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja apa-apa tindakan pada mesyuarat berkenaan serta dalam apa-apa hal lain yang disebut dalam Perlembagaan itu.

Malah, beliau berkata, Perkara 40(2)(b) amat jelas memperuntukkan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen.

“Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara bahawa kenyataan terbuka berkenaan pembubaran Parlimen dikeluarkan sebelum Perdana Menteri menghadap untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong!

“Bukankah ini satu tindakan derhaka terhadap institusi Yang di-Pertuan Agong?” soalnya.

Pada masa sama, Loke berkata, UMNO perlu diingatkan bahawa mereka hanya mempunyai 38 Ahli Dewan Rakyat ketika ini daripada jumlah 222 orang atau hanya 17 peratus yang membentuk Parlimen Malaysia.

Menurutnya, UMNO tidak boleh dibenarkan untuk bertindak sewenang-wenangnya, seolah-olah mereka masih parti majoriti terbesar di Parlimen pada hari ini.

Ahli Parlimen Seremban itu juga menegaskan, DAP akan menjunjung dan menghormati sepenuhnya keputusan Yang di-Pertuan Agong dalam soal membubarkan Parlimen, selaras dengan prinsip dan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“DAP menaruh kepercayaan bahawa Yang di-Pertuan Agong akan menggunakan budi bicara dan kebijaksanaan baginda untuk membuat keputusan terbaik demi kepentingan rakyat serta negara,” katanya.

Semalam, Ahmad menerusi kenyataan kepada media selepas Mesyuarat MKT UMNO di ibu pejabat parti itu di Menara Dato’ Onn di sini berkata, beberapa ketetapan dibuat kepimpinannya, termasuk pembubaran Parlimen dalam masa terdekat bagi membolehkan PRU-15 diadakan pada tahun ini.

Ahmad memaklumkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, keputusan mesyuarat itu adalah berasaskan pendirian konsisten UMNO sejak dari awal untuk memulangkan mandat rakyat yang tertangguh akibat pandemik COVID-19, selepas tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana persengketan dalaman politik sesama mereka. – Getaran, 1 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 4 hari yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemeriksaan Pemilikan Kenderaan Persendirian: Kerajaan Tamatkan Monopoli PUSPAKOM

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 9 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja