web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Ismail Sabri Wakili 32 Juta Rakyat, Bukan Hanya UMNO' - Guan Eng

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2022 6:37PM

Ismail Sabri Yaakob - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, diingatkan mengutamakan kepentingan 32 juta rakyat Malaysia diwakilinya ketika menghadiri mesyuarat kepimpinan tertinggi UMNO hari ini, bukan hanya memikirkan kepentingan partinya.

Itu pesanan diberikan Pengerusi DAP, kepada Perdana Menteri menjelang perjumpaan tertutup lima kepimpinan tertinggi atau ‘Top 5’ parti itu yang disusuli mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam ini, ketika wujud spekulasi bahawa Parlimen akan dibubarkan bulan depan.

Guan Eng berkata, menjadi tanggungjawab Ismail Sabri untuk mengutamakan kepentingan, kesejahteraan, kebajikan dan keselamatan rakyat, berbanding kepentingan politik yang mementingkan diri sendiri serta kepentingan peribadi pemimpin UMNO apabila mendesak pilihan raya diadakan menjelang akhir tahun ini, semasa musim tengkujuh.

“Rakyat tidak boleh diletakkan dalam keadaan berisiko dan bahaya hanya bagi memenuhi kehendak politik dan angan-angan ahli politik yang pentingkan diri sendiri serta tidak jujur.

“Ini adalah peluang terbaik untuk Ismail Sabri untuk berkhidmat sebagai Perdana Menteri dengan mengadakan pilihan raya umum tahun depan dan meninggalkan impak berpanjangan apabila sanggup menentang ketua politiknya dalam UMNO, memandangkan hakikatnya beliau perlu berkhidmat kepada ketua beliau yang sebenar, iaitu rakyat Malaysia,” katanya.

Spekulasi bahawa pilihan raya akan diadakan pada November semakin kuat kedengaran, dengan Parlimen dijangka dibubarkan dalam masa terdekat susulan pembentangan Bajet 2023 ditetapkan pada 7 Oktober, ketika Perdana Menteri menerima tekanan kuat daripada kepimpinan atasan UMNO.

Khabar angin itu menimbulkan kemarahan pembangkang yang menuduh UMNO mempertaruhkan nyawa rakyat dengan mengadakan pilihan raya semasa musim tengkujuh, sedangkan usaha sepatutnya harus ditumpukan kepada banjir.

Lim Guan Eng - Gambar fail
Lim Guan Eng - Gambar fail

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan menambah, kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) semalam bahawa negara akan melalui fasa peralihan monsun dari 3 Oktober hingga akhir November, harus menjadi peringatan kepada Ismail Sabri untuk mengutamakan rakyat.

“Kerajaan mempunyai tugas asas untuk memastikan pengundi dapat turun mengundi dalam keadaan teratur, selamat, terjamin dan tenang. Kesediaan mengharungi air banjir untuk mengundi dan berkempen seperti disarankan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah memalukan dan tidak patut diucapkan seorang wakil rakyat,” katanya.

Menerusi kenyataan hari ini, Ahmad Zahid membidas kritikan dengan mendakwa sekiranya Parlimen dibubarkan, Ismail Sabri masih boleh menjalankan tugasnya kerana beliau tetap akan berkhidmat sebagai Perdana Menteri sementara atau ‘caretaker’.

Perkara itu bermakna, Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera, boleh menjalankan tugas rasminya seperti biasa bagi memastikan kerajaan terus berfungsi, malah mempunyai kuasa mengadakan mesyuarat rasmi, termasuk mempengerusikan mesyuarat Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“Dari segi kuasa dan kawalan ke atas perkara banjir, Perdana Menteri masih mempunyai kuasa. Beliau masih mempunyai kuasa besar mengikut konvensyen di negara Komanwel,” katanya.

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail
Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Ahmad Zahid turut berhujah bahawa pilihan raya yang diadakan pada penghujung tahun, tidak semestinya dijalankan ketika negara sedang menghadapi banjir.

“Insya-Allah akan diadakan sebelum (banjir melanda),” katanya sambil menambah, banjir pada Julai di Baling dan di Batu Pahat serta Pontian awal bulan ini, membuktikan bencana itu boleh berlaku pada bila-bila masa.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menambah, desakan berterusan pembangkang untuk menangguhkan pilihan raya sehingga tahun depan adalah disebabkan mereka memerlukan lebih banyak masa untuk memikat pengundi. – The Vibes, 30 September 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 45 minit yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik