web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Nekad Mahu PRU-15 Segera? Buat 3 Perkara Ini Dulu

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2022 1:58PM

Beberapa insiden banjir pada tahun ini dan tahun lalu membuktikan kerajaan tidak bersedia menghadapi bencana itu, sama ada yang dapat diramal atau di luar jangkaan. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu melaksanakan tiga perkara terlebih dahulu sekiranya UMNO dan Barisan Nasional (BN) begitu nekad mahu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan pada tahun ini. 

Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Syahredzan Johan berkata, perkara pertama adalah memastikan persediaan negara menghadapi bencana banjir. 

Menurutnya, beberapa insiden banjir pada tahun ini dan tahun lepas membuktikan bahawa kerajaan tidak bersedia menghadapi bencana itu, sama ada yang dapat diramal atau di luar jangkaan. 

“Penyelarasan pengurusan bencana banjir perlu dilakukan sekarang dan aset siap siaga banjir harus disediakan lebih awal sebelum Parlimen dibubarkan. 

“Sekiranya persediaan tidak dilakukan lebih awal, malapetaka akan melanda rakyat kerana apabila Parlimen dibubarkan, walaupun ada kerajaan sementara, fokus menteri ketika itu hanyalah kepada persediaan untuk pilihan raya,” katanya. 

Beliau berkata demikian sebagai membalas kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menyenaraikan lima sebab kenapa pilihan raya perlu disegerakan sebelum musim banjir. 

Syahredzan berkata, kerajaan juga perlu menyelesaikan masalah ekonomi rakyat dan negara. 

Jelasnya, keadaan ekonomi negara dan kehidupan rakyat semakin buruk dengan kejatuhan nilai ringgit, peningkatan kos sara hidup dan harga barang, kenaikan kadar faedah serta masalah kekurangan pekerja yang teruk. 

“Proses pilihan raya, pembentukan kerajaan baharu dan kemudiannya penggubalan serta pelaksanaan dasar baharu yang dapat menyelesaikan masalah ekonomi pula akan memakan masa lama, sedangkan rakyat ketika ini menderita, ditambah dengan ramalan kemelesetan ekonomi pada tahun depan,” katanya. 

Sebelum pilihan raya dilaksana, ujarnya, kerajaan perlu menyelesaikan masalah ekonomi serta menyediakan bantuan ekonomi dan kewangan sewajarnya kepada rakyat. 

Beliau berkata, perkara ketiga adalah menyelaraskan undang-undang anti lompat parti di peringkat negeri. 

“Antara alasan diberikan UMNO dan BN untuk mengadakan PRU awal adalah untuk mewujudkan kerajaan stabil. 

“Pilihan raya di peringkat negeri dijangka akan diadakan serentak dengan pilihan raya umum bagi mengurangkan kos. 

“Namun sehingga kini, selepas beberapa bulan pindaan undang-undang anti lompat (parti) dilakukan di peringkat Persekutuan, pindaan sama belum dibuat di peringkat negeri,” katanya. 

Jelasnya, kestabilan politik melalui undang-undang tersebut perlu diwujudkan di peringkat negeri untuk mengelakkan pergolakan politik yang merugikan rakyat. - Getaran, 30 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Politik 9 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran