web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia Bakal Hantar Diplomat Baharu Ke Indonesia

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2022 5:21PM

Pemilihan Tajuddin sebagai duta ke Indonesia dipertikai selepas dikritik ramai pihak. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan dijangka melantik seorang diplomat sebagai duta baharunya di negara jiran Indonesia dalam masa terdekat, menurut duta republik itu ke Malaysia, Hermono.

“Saya diberitahu bahawa calon baharu (sudah bersedia),” katanya semasa sesi podcast bersama BFM News, hari ini.

Apabila ditanya sama ada beliau boleh mendedahkan mengenai calon baharu itu, Hermono enggan berkongsi terlalu banyak maklumat dengan hanya berkata: “Saya mendengar bahawa (calon) adalah seorang diplomat.”

Hermono juga berharap agar kerajaan Malaysia mempercepatkan proses pengesahan status wakil tersebut sambil menyatakan, beliau telah memaklumkan mengenai pelantikan baharu itu ke ibu pejabat Hal Ehwal Luar Indonesia di Jakarta.

“Saya sudah meyakinkan Jakarta bahawa Malaysia tidak cuba menghantar mesej negatif (dengan menangguhkan penghantaran duta)... Malaysia (sebenarnya) melantik duta baharu,” katanya.

Mengulas mengenai pelantikan Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai duta ke Indonesia sebelum ini, Hermono berkata, pihak berkuasa Indonesia tidak pernah campur tangan dalam proses pemilihan wakil negara lain.

“Apabila (Tajuddin) dipilih, kami tahu terdapat banyak kontroversi dan komen tetapi kami sudah memberikan persetujuan (mengenai pelantikan Tajuddin),” jelasnya sambil menegaskan, tiada bantahan terhadap pelantikan Ahli Parlimen UMNO itu.

Tajuddin sebelum ini dilaporkan mengesahkan menerima jemputan ke Istana Negara untuk pelantikan rasminya ke Indonesia dalam satu majlis yang dijadualkan pada jam 2 petang, 20 Jun lalu.

Bagaimanapun, dalam satu kenyataan pada tarikh sama, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika itu sedang menerima rawatan di hospital dan telah menangguhkan semua program baginda.

Pada 12 Julai, nama Tajuddin dilaporkan digugurkan daripada senarai yang dijadualkan menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Pemilihan Tajuddin dipertikai selepas kenyataan beliau pada sidang media kemalangan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) di ibu negara Mei tahun lalu dikritik ramai pihak.

Namun Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan segelintir pihak mendesak agar pelantikan Tajuddin ditarik balik seolah-olah mempersoalkan kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, memandangkan pelantikan itu telah diluluskan oleh Kabinet serta mendapat perkenan Agong, adalah tidak bijak untuk mempersoalkan perkara tersebut. - The Vibes, 29 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Politik 44 minit yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad