web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saya Bukan ‘Poster Boy’ UMNO Terengganu - Ahmad Said

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2022 1:14PM

Ahmad Said - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menafikan bahawa dirinya sudah dipilih oleh UMNO Terengganu untuk diangkat sebagai poster boy dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurut beliau, poster boy atau calon Menteri Besar Terengganu masih belum dibincangkan di peringkat UMNO negeri atau pun pusat.

“Saya tidak tahu mengenai perkara itu (calon Menteri Besar Terengganu). Ia masih belum dibincangkan lagi setakat ini, jadi saya tidak mahu memberikan sebarang komen,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Ahmad Said turut bertanya dari mana timbulnya isu bahawa dirinya diangkat sebagai calon Menteri Besar untuk PRU15 depan.

Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN) Kijal menyandang jawatan Menteri Besar bermula Mac 2008 hingga Mei 2014.

Terdahulu, sebuah portal berita tempatan melaporkan bahawa Barisan Nasional (BN) Terengganu mempertaruhkan Ahmad Said sebagai poster boy dalam usaha merampas kembali negeri itu daripada PAS pada PRU15.

Perkara tersebut disahkan Setiausaha UMNO Terengganu, Rozi Mamat yang dipetik sebagai berkata, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu itu akan dilantik sebagai Menteri Besar jika BN berjaya menawan kembali negeri berkenaan.

“Kita tidak boleh ada calon banyak-banyak, nanti celaru. Poster boy kita, kepala kita, ‘jeneral’ (perang) kita ialah Ahmad Said dan kita putuskan beliau saja akan jadi poster boy BN,” katanya. - Getaran, 29 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Itu Rakyat Sendiri Yang Mahu, Saya Tak Nak Komen - Ahmad Said

2

Politik 3 tahun yang lalu

PRU-15: ‘Mengikat Yang Lama, Memikat Yang Baharu’, ‘Tagline’ BN Terengganu

3

Politik 3 tahun yang lalu

Ismail Sabri Kekal Poster Boy BN, Calon PM - Ahmad Zahid

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 38 minit yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik