web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rafizi Lancar Petisyen Bantah PRU-15 Diadakan Musim Banjir

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2022 1:13PM

Rafizi berkata jika Parlimen dibubarkan dalam masa sebulan dari sekarang, PRU-15 pastinya akan diadakan ketika musim banjir. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli melancarkan petisyen membantah Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan pada musim banjir.

Tindakan tersebut adalah langkah susulan berikutan tekanan hebat oleh UMNO terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mengadakan PRU-15 secepat mungkin.

Menurut mantan Ahli Parlimen Pandan itu, jika Parlimen dibubarkan dalam masa sebulan dari sekarang, PRU-15 pastinya akan diadakan ketika musim banjir.

“Semua laporan kaji cuaca meramalkan bencana banjir yang lebih parah tahun ini. Belum pun musim tengkujuh sampai, kejadian banjir kilat terus berlaku di tempat yang sebelum ini tidak mengalami bencana yang teruk,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau berkata, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendabik dada bahawa UMNO sanggup meredah banjir demi PRU-15 yang lebih awal.

Malah katanya, semua parti politik akan bersedia secukupnya apabila PRU-15 diadakan nanti.

“Isunya bukanlah soal parti politik gah berkempen walaupun menghadapi banjir. Isu pokok ialah semua pihak perlu menggembleng tenaga untuk menghadapi banjir dan semua perkara yang boleh ditangguhkan atau dielakkan, wajarlah ditangguhkan dahulu.

“PRU-15 ketika banjir bermakna lebih RM1 bilion akan digunakan untuk menguruskan pilihan raya sedangkan dana rakyat itu lebih baik disalurkan kepada usaha menangani bencana,” katanya.

Jelas beliau, tindakan itu juga menyebabkan ratusan ribu penjawat awam perlu bertugas untuk mengendalikan pilihan raya sedangkan mereka wajar bersama-sama sukarelawan membantu mangsa banjir.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, hanya suara rakyat dapat menghantar isyarat jelas kepada ahli politik bahawa mereka mahu tumpuan diberikan sepenuhnya bagi menghadapi bencana banjir, bukannya mengejar jawatan politik melalui pilihan raya.

“(Justeru) bantu saya bawa suara anda kepada ahli politik. Tandatangan petisyen ini dan sebarkan kepada seramai mungkin melalui semua saluran.

“Saya hanyalah seorang rakyat dengan bantuan ratusan ribu suara rakyat yang lain, suara kita bersama akan didengari oleh ahli politik,” tegasnya. - Getaran, 28 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion: Rafizi Hadir Ke SPRM, Serah Dokumen 28 Muka Surat

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 38 minit yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja