web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PAS Muktamad Hala Tuju Kerjasama Politik Dalam Masa Terdekat - Muhyiddin

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2022 5:07PM

Muhyiddin Yassin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - PAS akan memuktamad hala tuju kerjasama politik parti itu dalam masa terdekat iaitu sama ada untuk terus bersama UMNO atau Perikatan Nasional (PN), kata Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MPN di sini hari ini, Muhyiddin berkata perkara itu dimaklumkan kepada beliau oleh Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang pada pertemuan parti itu dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) semalam.

"Saya diberikan bayangan mungkin dalam tempoh terdekat PAS akan buat satu keputusan muktamad mengenai hala tuju di masa hadapan dalam PN… sama ada ada lagi usaha yang akan dibuat dengan UMNO," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai status yang dimuat naik di laman Facebook rasminya malam tadi berhubung pertemuan itu.

Pertemuan itu turut dihadiri Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Naib Presiden BERSATU, Datuk Dr Radzi Jidin dan Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Muhyiddin, yang juga Presiden BERSATU, berkata pihaknya tidak akan mempengaruhi keputusan PAS berhubung status kerjasama terbabit.

“PN serah kepada PAS untuk buat keputusan. Kita mesti ambil satu pendirian yang sama dalam semua perkara supaya tidak ada pertembungan kepentingan,” katanya.

Beliau berkata pertemuan itu turut menggambarkan kerjasama antara PAS dan BERSATU masih kukuh serta erat walaupun parti tersebut sebelum ini mengkritik kenyataan Muhyiddin yang mengisytiharkan Barisan Nasional (BN) sebagai musuh utama dalam menghadapi PRU15.

“Pertemuan semalam menggambarkan bahawa apa yang lebih penting ialah pertemuan terkini yang menjelaskan bagaimana hubungan kita dan kenyataan yang saya telah buat jangan disalahtafsirkan,” katanya.

Ketika menghadiri majlis ulang tahun ke-6 BERSATU pada Sabtu lepas, Muhyiddin telah mengisytiharkan BN sebagai musuh utama PN yang perlu dilawan pada PRU15.

Mengenai cadangan membentuk agenda perpaduan ummah antara BERSATU, PAS dan UMNO, beliau berkata kerjasama itu tidak mungkin dapat direalisasikan kerana UMNO telah menyatakan pendirian pada Perhimpunan Agung 2020 parti tersebut yang menolak sebarang kerjasama dengan BERSATU. - Bernama
 

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad