Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


PAS Tak Jual Perjuangan Islam Harga RM90 Juta - Hadi

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2022 1:33PM

Abdul Hadi Awang - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang sekali lagi menyangkal dakwaan kononnya parti itu menerima rasuah RM90 juta daripada UMNO seperti yang dilaporkan Sarawak Report pada 6 Ogos 2016.

Tegas beliau, pendukung perjuangan Islam seperti PAS tidak menjual perjuangannya dengan harga RM90 juta atau pangkat dan kedudukan semata-mata.

Menurut beliau, PAS adalah kesinambungan perjuangan Islam yang bertali arus berjuang, sebagaimana dijanjikan wujudnya kumpulan sepertinya oleh Allah SWT selagi dunia belum kiamat.

Katanya, jika benar PAS menerima dana RM90 juta, sudah tentu parti itu boleh menguasai negara sepenuhnya pada pilihan raya umum (PRU) yang lalu.

“Jika benar, UMNO yang menyogok RM90 juta sangat bodoh kerana melakukan suatu perkara yang boleh membunuh dirinya sendiri, sehingga menjatuhkan kerajaannya di negeri yang tidak kuat Pakatan Harapan (PH) dan UMNO berada dalam keadaan lebih kuat.

“Dengan RM90 juta kalau benar-benar ada, pasti PAS juga lebih mudah meranapkan PH yang banyak duit perbelanjaan untuk media sosial bagi menyebarkan pembohongan dengan meluas tanpa akidah dan ideologi kerana kepelbagaian anutan ahlinya,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya bertajuk Minda Presiden PAS, hari ini.

Abdul Hadi berkata, PAS juga tidak mampu mewujudkan media sosial bagi menjawab dakwaan tersebut kerana kosnya terlalu mahal, apatah lagi untuk menyebarkan fitnah, menipu dan berbohong besar.

Katanya, bala akibat perbuatan itu juga tidak mampu dibayar dosanya dengan duit berkali ganda RM90 juta.

Abdul Hadi berkata PAS mentarbiah ahlinya agar membina kekuatan diri dengan iman atau akidah yang lebih lengkap daripada sekadar berintegriti sebagaimana diuar-uarkan pihak lain.
Abdul Hadi berkata PAS mentarbiah ahlinya agar membina kekuatan diri dengan iman atau akidah yang lebih lengkap daripada sekadar berintegriti sebagaimana diuar-uarkan pihak lain.

Malah beliau berkata, sekiranya PAS benar-benar mempunyai sejumlah duit, sudah pasti parti itu tidak akan membocorkannya walaupun sedikit.

“Maka, sekiranya ada sumbangan sebanyak RM90 juta itu, sudah pasti akan dibelanjakan dengan sempurna dan takkan disia-siakan. Bahkan, jika dilaburkan, maka pusingannya sudah menjadi lebih daripada RM900 juta.

“Sebelum dengar kisah dongeng kononnya PAS mendapat RM90 juta, memadai dengan jumlah duit sumbangan ahli PAS yang majoritinya tidak kaya, hanya sedikit sahaja orang berada yang menyumbang kepada PAS, malah itu pun tidak sampai jumlahnya sejuta ringgit,” katanya.

Abdul Hadi berkata, ramai dalam kalangan yang kaya tidak bersedia menyumbang kerana mereka tidak percaya bahawa PAS boleh menang sehingga berjaya memerintah kerajaan Pusat.

“Namun, PAS boleh bertanding dalam pilihan raya hasil derma ahlinya di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak, dan kebanyakannya bertanding di kawasan UMNO.

“Tiba-tiba, PAS mampu menawan tiga buah negeri dan berada dalam kerajaan Pusat dengan langkah mengajak UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan pihak lain bersama menumbangkan kerajaan PH yang rapuh,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, ahli PAS yang sebenar mengetahui betapa besarnya pengorbanan kerana menegakkan Islam itu memerlukan sumbangan ikhlas dan duit halal lagi berkat.

“Manakala, wakil rakyat PAS pula diwajibkan membuat potongan wang untuk diserahkan kepada partinya.

“Semua lapisan ahli PAS memberikan sumbangan sehingga mereka yang termiskin daripada kalangan petani, nelayan dan buruh kasar menyumbang dengan penuh keikhlasan.

“Bahkan, ada ahli PAS yang menjual tanah dan sebagainya kerana ingin membantu bayaran deposit calon yang bertanding di kawasannya disebabkan calonnya tidak berduit,” katanya.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Marang itu berkata, PAS mentarbiah ahlinya agar membina kekuatan diri dengan iman atau akidah yang lebih lengkap daripada sekadar berintegriti sebagaimana diuar-uarkan pihak lain.

Ujarnya, kekuatan diri yang berkonsepkan iman akan menyebabkan seseorang itu bersedia untuk mengorbankan harta dan jiwa raganya sendiri.

“Hal ini sekaligus menjadikannya tidak bergantung kepada apa jua sogokan, khususnya sumbangan yang menjatuhkan maruah diri, sama ada dalam politik atau urusan lain.

“Selain itu, PAS juga mendidik ahlinya bahawa haram menerima sogokan yang bercirikan rasuah, atau menjual akidah perjuangan kerana tiada keberkatannya.

“Tanpa keberkatan, maka tidak akan diperoleh pertolongan Allah SWT yang menjadi harapan yang sebenar,” katanya.

Justeru beliau berkata, sesiapa yang cuba membawa amalan politik wang dalam pemilihan PAS pasti akan ditolak apabila niatnya bersama hanyalah semata-mata kerana harta dan jawatan.

Malah, katanya, mereka juga akhirnya akan keluar sendiri daripada PAS.

“Keadaan itu menyebabkan ramai kalangan mereka yang menyamar berada dalam PAS, atau menjadikan PAS laksana rumah tumpangan semata-mata.

“Mereka tidak menjadikan Islam sebagai akidah perjuangannya, pasti akan keluar daripada PAS atau gugur dalam perjalanannya,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, ahli PAS sentiasa bertambah berlipat kali ganda walaupun pemimpinnya silih berganti, tidak kurang dengan sebab ada yang telah meninggal dunia dalam perjuangan.

“Malah, ada yang keluar PAS kerana tidak sabar dan lari kerana perjalanan yang dirasakan jauh daripada kemenangan di dunia ini.

“Inilah hikmah perjuangan Islam yang berteraskan akidah bukan ideologi,” katanya.

Tambah beliau, PAS terus mengajak UMNO kepada konsep perpaduan umat mengikut Islam, bukan hanya melibatkan PAS dan UMNO sahaja.

Ujarnya lagi, tanpa perpaduan, maka PAS tidak akan berganjak melawan semua pihak termasuklah UMNO kerana inilah sejarah perjalanan parti itu dalam arena politik. - Getaran, 27 September 2022

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

TPM, Jemaah Menteri Ucap Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran

Semasa 3 jam yang lalu

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

Semasa 1 hari yang lalu

Mesyuarat Dwirangkaian 5G Dijangka Diadakan Minggu Depan

Sukan 1 hari yang lalu

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren