web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tuduhan Kerjasama Mengarut, Zahid Usah Seret Nama PH

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2022 9:10PM

Lee Chean Chung (kanan) berkata, umum mengetahui bahawa PH telah menolak idea kerjasama dengan PN, justeru tuduhan Dr Zahid Hamidi (kiri) itu disifatkan sebagai tidak masuk akal dan mengarut - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tuduhan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa ada kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN), disifatkan sebagai satu fitnah yang cuba menjejaskan nama baik gabungan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Lee Chean Chung berkata, Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) diingatkan agar tidak menyeret nama PH dalam masalah ‘keluarga’ gabungan berkenaan.

Beliau yang juga Pengarah Komunikasi PKR berkata, umum mengetahui bahawa PH telah menolak idea kerjasama dengan PN, justeru tuduhan Zahid itu disifatkan sebagai tidak masuk akal dan mengarut.

“Mereka sibuk dengan kuasa sehingga mengkhianati mandat rakyat dan hasilnya kalah besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018,” katanya hari ini.

Chean Chung berkata, gabungan BN, BERSATU dan PAS telah membentuk kerajaan sejak 2020 namun entah mengapa, nama PH sering dikaitkan setiap kali berlaku perbalahan antara ketiga-tiga parti berkenaan.

Tuduhan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa ada kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN), disifatkan sebagai satu fitnah yang cuba menjejaskan nama baik gabungan tersebut - Gambar Fail
Tuduhan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa ada kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN), disifatkan sebagai satu fitnah yang cuba menjejaskan nama baik gabungan tersebut - Gambar Fail

“Saya ingin tegaskan, tugas kerajaan adalah untuk menjaga kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara. Jangan sesekali jadikan PH sebagai punching bag setiap kali kamu bertiga bercakaran.

“Selama ini pendirian PKR dan PH adalah untuk memfokus kepada semua isu rakyat dan bertegas menolak gabungan BN-PN yang sibuk mengejar kuasa, malah tidak prihatin terhadap nasib rakyat.

“Tidak percaya? Apabila Jawatankuasa Pasukan Jihad Tangani Inflasi gagal dalam tugasan mereka, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sibuk menuduh siapa lebih gagal. Waktu nilai ringgit jatuh daripada RM3.90 pada 2019 kepada RM4.50 sekarang dan barang import naik mendadak, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ‘tumpang gembira’ dengan penambahan hasil pengeksport besar.

“PRU-15 sewaktu banjir akan menelan kos lebihan sebanyak RM100 juta. Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memberi amaran bahawa banjir bakal melanda pada November, tapi Zahid sibuk nak minta bubar Parlimen,” katanya. – Getaran, 26 September 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Bakal Teroka Kaedah Baharu Termasuk Teknologi AI Atasi Banjir - Ahmad Zahid

3

Politik 2 tahun yang lalu

Jangan Politikkan Isu Pembatalan 16 Enakmen Syariah Kelantan - TPM Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN Pelangai: 16,456 Pengundi Tunai Tanggungjawab Esok

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95