web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangan Biarkan Insiden Larkin Berulang, Lebih Baik MUDA Sertai PH - Ahli DAP

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2022 9:24AM

Akar umbi DAP berpendapat PH boleh mengelak pertembungan banyak penjuru dalam PRU-15 dengan menjadikan MUDA sebagai salah satu gabungan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) boleh mengelak pertembungan banyak penjuru dan mengurangkan perpecahan undi dalam kalangan pengundi yang sudah ‘muak’ dengan politik, melalui langkah memasukkan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dalam gabungan itu, kata akar umbi DAP.

Mereka yang ditemui pada Kongres Khas DAP 2022 semalam memberitahu The Vibes bahawa permintaan MUDA untuk menjadi satu daripada parti komponen PH, meletakkan kedudukan parti itu adalah lebih baik untuk gabungan berkenaan secara keseluruhan.

Bagaimanapun, mereka yang menentang penyertaan MUDA dalam PH berkata, pertembungan parti baharu itu dengan PKR di kerusi Larkin pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor awal tahun ini, menyaksikan Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi terbabit.

Antara syarat untuk menerima MUDA adalah parti itu akan diwajibkan mematuhi keputusan PH dalam pelbagai perkara, termasuk peruntukan kerusi. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Antara syarat untuk menerima MUDA adalah parti itu akan diwajibkan mematuhi keputusan PH dalam pelbagai perkara, termasuk peruntukan kerusi. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Ahli DAP mengakui berlaku kerumitan rundingan kerusi dan menggesa agar ia dilakukan secara kompromi, sekiranya MUDA diterima menyertai PH.

“Amat malang apa yang berlaku di Larkin semasa PRN Johor. Kami faham kenapa rakan-rakan PKR sangat berhati-hati dalam situasi ini.

“Namun tragisnya, Larkin harus dijadikan iktibar kepada semua dalam PH.

“Mungkin pada masa itu (semasa PRN Johor), walaupun rundingan berterusan, MUDA merasakan perlu untuk kewujudan parti itu disedari,” kata seorang perwakilan DAP yang enggan nama disiarkan.

Perwakilan lain yang turut enggan dikenali berkata, mereka tidak mahu menjejaskan rundingan sedang berlangsung mengenai kemungkinan MUDA diterima dalam PH.

Katanya, antara syarat untuk menerima MUDA adalah parti berasaskan belia itu akan diwajibkan mematuhi keputusan PH dalam pelbagai perkara, termasuk peruntukan kerusi.

“(MUDA) akan terikat dengan keputusan kolektif yang dicapai oleh PH,” katanya.

 Rasid Abu Bakar dari parti MUDA tewas pada calon BN, Mohd Hairi Mad Shah pada PRN Johor lalu. - Gambar fail
Rasid Abu Bakar dari parti MUDA tewas pada calon BN, Mohd Hairi Mad Shah pada PRN Johor lalu. - Gambar fail

Pertembungan MUDA dengan PKR di Larkin yang menyaksikan pertandingan enam penjuru di situ, dimenangi Mohd Hairi Mad Shah dari BN dengan 16,053 undi atau hanya membabitkan kira-kira 42 peratus daripada jumlah keseluruhan undi.

Perpecahan undi itu menyaksikan PKR memperoleh 16 peratus daripada jumlah undi keseluruhan dan MUDA sekitar 12 peratus. MUDA  memperoleh 4,948 menerusi calonnya, Rasid Abu Bakar, manakala PKR mendapat 6,448 undi yang diperoleh Dr Zamil Najwah Arbain.

Bagaimanapun, pada PRN itu, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) mencapai kata sepakat bersama MUDA dengan memberikan laluan kepada parti itu bertanding pada PRN Johor.

DAP turut memberi laluan kepada MUDA di Machap dan Bukit Permai, manakala AMANAH menyerahkan kerusi Puteri Wangsa, Tenang, Bukit Kepong dan Parit Raja.

MUDA hanya memenangi kerusi Puteri Wangsa dan menjadi parti kedua memperoleh undi tertinggi di Tenang.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Sejak Presiden MUDA yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan secara rasmi pada awal September lalu bahawa partinya berhasrat menyertai PH, ia dikritik, terutamanya dalam kalangan PKR kerana dianggap tamak dan mahu memantapkan parti. Pengkhianatan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) terhadap PH dalam Langkah Sheraton pada 2020 juga dikatakan sebagai alasan untuk berhati-hati.

Sementara itu, Majlis Presiden PH masih belum memutuskan hasrat MUDA, tetapi sudah membentuk pasukan petugas untuk berunding dengan parti itu dan Parti Sosialis Malaysia mengenai potensi kerjasama politik pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Seorang perwakilan lain DAP pula berkata, penyertaan MUDA dalam PH adalah perlu bagi menyatukan pengundi berbeza pegangan politik di bawah satu gabungan.

“Kami tidak melihat (MUDA) sebagai parti belia semata-mata, atau ia mempunyai monopoli undi daripada orang muda. Sayap pemuda dalam PH juga sangat kuat.

“Tetapi (MUDA) memang mempunyai pengikut yang kuat dan mampu menarik minat ramai anak muda Malaysia.

“Secara praktikal, adalah lebih baik semua sokongan berbeza ini dimasukkan ke dalam PH. Bukankah ini hanya akan meningkatkan peluang kita untuk menang pada PRU akan datang atau mana-mana pilihan raya?

Ahli DAP itu berharap PH akan segera membuat keputusan menerima MUDA kerana pengundi sudah bosan dengan ‘drama politik’.

Dia turut mengakui wujud kritikan tertentu bahawa MUDA mungkin ‘tidak matang dari segi politik’, tetapi menyatakan parti itu harus diberi masa.

“Adalah lebih baik mereka berjuang bersama kami,” katanya.

“Sejujurnya, pengundi sudah bosan dengan semua drama tidak perlu. Kita hanya perlu menyelesaikan masalah dan melakukannya dengan cepat serta senyap.

“Bertindak dengan ego dan mengatakan bahawa parti itu masih muda dan tidak berpengalaman adalah perkara meremehkan. Ia hampir sama dengan percubaan UMNO untuk memburukkan DAP.

“Kita tidak sepatutnya mengambil tindakan sama,” – The Vibes, 26 September 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 37 minit yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja