Berita Terkini

1 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Parti Bukan Melayu Dalam BN, PH Kuasai Ekonomi, Penyumbang Besar Rasuah

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2022 7:00AM

Abdul Hadi Awang - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti dalam Pakatan Harapan (PH) dan parti bukan Melayu di bawah gabungan Barisan Nasional (BN) didakwa menguasai ekonomi, sekali gus berperanan sebagai penyumbang terbesar kepada rasuah dan salah laku.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa, kejatuhan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak boleh diletakkan kepada UMNO semata-mata tetapi juga parti bukan Melayu seperti MCA dan MIC, termasuk pembangkang.

“Kelemahan dialami BN yang memerintah, sehingga menyaksikan kejatuhannya dalam PRU14 tidak boleh diletakkan kepada UMNO sahaja. Malah, sepatutnya diletakkan juga ke atas beban BN bersama MCA dan MIC.

“Ini termasuk pembangkang khususnya parti dalam PH, yang menguasai ekonomi dan menjadi penyumbang paling besar serta paling mahal kepada berlakunya rasuah dan salah laku,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook bertajuk Minda Presiden PAS-Melayu Perkasa Bersama Islam.

Dalam hantaran tersebut, beliau turut mendakwa PH membenarkan rasuah kerana pemberi rasuah masih diselamatkan daripada tindakan undang-undang ketika pembangkang memerintah untuk jangka masa pendek.

“PH menggunakan pengaruh media baharu yang ditaja perbelanjaan besarnya oleh kalangan yang menguasai ekonomi dari dalam dan luar negara.

“Ia digunakan bagi merosakkan pengundi muda Melayu, khususnya yang tidak boleh dianggap remeh-temeh. Ini merupakan kedatangan penjajah baharu terhadap tanah air kita,” katanya.

Abdul Hadi turut mempersoalkan tindakan mantan Peguam Negara, Tommy Thomas yang masih berdiam diri mengenai proses pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan terhentinya perbicaraan mahkamah kes rasuah Lim Guan Eng.

“Tiba-tiba meletup kenyataan politik Melayu yang dikatakan sangat lemah, maka inilah taraf mantan Peguam Negara yang dilantik kerajaan PH.

“Pemimpin PH pula hangat mempertikaikan layanan terhadap Datuk Seri Najib (Razak) yang telah dipenjarakan, seakan mereka melupakan bagaimana layanan kepada Anwar yang juga pernah dipenjarakan?

“Keadaan ini menandakan politik yang tidak matang atau Melayu mudah lupa, namun bukan semua Melayu,” katanya.

Jelas beliau, Islam bertamadun telah ditunjukkan oleh Al-Quran dan teladan Rasulullah SAW yang diwahyukan supaya berpolitik secara matang.

“Pada masa sama, diperintahkan agar berlaku adil dan rahmat, walaupun kepada mereka yang zalim terhadapnya apabila menjatuhkan hukuman jika dibuktikan bersalah atau memaafkan sekiranya mempunyai alasan.

“Oleh itu, hukuman sebatan dalam Islam tidaklah sama dengan bentuk sebatan dalam undang-undang ciptaan manusia, kerana hukum Islam tidak mencedera dan menyeksa, tetapi sebaliknya mendidik. Begitu juga, hukuman lain dalam Islam mempunyai adab dan rahmatnya.

“Hukuman dalam Islam bukan dengan dendam kesumat, sehinggakan bertindak melampaui batas. Sekiranya melampaui batas, maka seseorang itu berdosa dan akan dihukum Allah SWT pada Hari Kiamat. Inilah ciri-ciri yang tiada dalam undang-undang ciptaan manusia,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Abdul Hadi berkata, keadaan hari ini menjadikan jatuh hukum fardu ‘ain untuk berjihad politik bagi menyelamatkan negara dan umat bersama Islam.

Bagaimanapun jelasnya, perpaduan umat Islam terlebih dahulu diutamakan, sebelum penyertaan kaum bukan Islam yang tidak ekstrem digabungkan dalam masyarakat majmuk bagi melaksanakan keadilan untuk semua.

“PAS tetap beristiqamah dengan sabar bersama Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS), walaupun menjadi parti yang paling banyak ahlinya dibuli dalam jangka masa lama.

“Bahkan, ahlinya juga ramai yang diambil tindakan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan ada yang terkorban seperti dalam Peristiwa Memali,” katanya.

Beliau turut menyentuh soal hak royalti Kelantan yang dinafikan dan dirompak hasilnya daripada Terengganu ketika pemerintahannya.

“Ini termasuklah hak lain mengikut Perlembagaan Persekutuan yang berkonsepkan federalisme. Sehinggakan, kerajaan pimpinan PAS sukar menyelesaikan masalah dihadapi.

“PAS juga mudah dikritik oleh lidah tidak bertulang dan dakwat cair yang mudah ditulis untuk menjadikannya fitnah murahan, khususnya bagi menipu generasi muda yang tidak sempat mengikuti hal sebenarnya,” katanya.

Tegas beliau, perbuatan itu lebih buruk perangainya dan lebih hina daripada kera yang memilih buah elok untuk dipungut dan dimakan.

“Tetapi kalangan yang menentang Islam pula mencari perkara yang dianggapnya buruk seperti apa-apa kelemahan atau dianggapnya kegagalan.

“Hal itu adalah semata-mata untuk mewujudkan wajah yang buruk terhadap orang-orang yang beriman yang diuji dengan halangan kezaliman dan penindasan,” katanya.

“Syabas kepada rakyat Kelantan dan mereka yang terus bersabar untuk bersama PAS dan perjuangan Islam yang banyak ujiannya di seluruh dunia yang tidak mengizinkan umatnya untuk bangkit semula dan laknat Allah SWT terhadap mereka yang memperkecilkannya,” katanya.

Terdahulu, Abdul Hadi dikecam hebat kerana mendakwa golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera dikatakan kumpulan majoriti menjadi perosak politik dan ekonomi negara.

Beliau juga memberi perbandingan melawan rasuah dengan usaha mencegah ‘penyakit denggi’ kerana mencegah denggi bukan sekadar merawat pesakit dan membunuh nyamuknya, tetapi juga bertindak terhadap takungan air yang membiakkan nyamuk dan manusia yang tidak menjaga kebersihan. - Getaran, 26 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

2

Politik 1 bulan yang lalu

Isu Pencen: Ucapan Abdul Hadi Tidak Tepat, Mengelirukan Orang Ramai - Nik Nazmi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Sultan Selangor Zahir Rasa Dukacita, Kenyataan  Abdul Hadi Dianggap Hina Raja-Raja Melayu

4

Politik 2 bulan yang lalu

PAS Harus Terima Kenyataan, Pembatalan 16 Peruntukan EJSK Bukti Kelemahan DUN Kelantan

Sorotan

1

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

2

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

3

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

4

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

5

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

6

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

1MDB: Mahkamah Akan Tentukan Sama Ada Pendakwaan Berjaya Buktikan Kes – Hakim

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Helikopter - Agong, Permaisuri Zahir Takziah Kepada Keluarga Anggota TLDM

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

ANAK: Individu Tanpa Kerakyatan Menjadi ‘Hantu’ Di Negara Sendiri

Semasa 16 jam yang lalu

FINAS Taja Caruman SKSPS 4,500 Penggiat  Seni Untuk Setahun - Fahmi