Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Muhyiddin Hentikan Lakonan ‘Low Class’, Asyik Main Ugut, Buktikan Bukan Bacul

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2022 7:32PM

Nur Jazlan Mohamed dan Muhyiddin Yassin - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin menuduh kerajaan hari ini gagal mengurus ekonomi dengan baik kerana beliau tidak diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, Muhyiddin tidak berpuas hati dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana permintaan beliau untuk mendapatkan jawatan tersebut ditolak.

“Muhyiddin sebenarnya tak puas hati dengan Ismail Sabri gara-gara permintaannya untuk dapatkan jawatan TPM dalam perjanjian politik sulit telah ditongsampahkan oleh PM.

“Lagi menyakitkan hati Muhyiddin apabila Ismail Sabri secara terang-terang buat kenyataan tak perlu lagi lantik TPM sebab sudah ada empat menteri kanan yang duanya dipegang wakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

“Bila Ismail Sabri tak mahu layan dan penuhi kehendak Muhyiddin, dia mulalah meroyan dan tuduh macam-macam kepada PM,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Dalam pada itu, Nur Jazlan turut mempertikaikan peranan Muhyiddin selepas beliau dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN).

“Dia tuduh PM gagal tangani masalah ekonomi sedangkan dia Pengerusi MPN yang juga bertanggungjawab untuk bantu pulihkan ekonomi. Apa yang dia buat selama ini.

“Dia juga dakwa semua cadangan yang dia kemukakan kepada PM untuk pulihkan ekonomi kena tolak. Bagi saya, mungkin cadangan tersebut tak bernas sebab itulah kena tolak,” katanya.

Malah Nur Jazlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai turut mengkritik cadangan Muhyiddin yang meminta Perdana Menteri menubuhkan jawatankuasa tertinggi peringkat kerajaan untuk menyelesaikan masalah ekonomi.

“Apa lah mengarut punya cadangan ini? Nak buat apa nak buat jawatankuasa lain? Habis tu apa guna dia sebagai Pengerusi MPN, apa gunanya PM wujudkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi?

“Begitu juga dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed (Tok Pa) dari BERSATU, apa yang menteri buat untuk tolong PM pulihkan ekonomi?

“Bukan ke selama ini Tok Pa dikenali sebagai tokoh ekonomi terhebat, apa sumbangannya dalam keadaan ekonomi negara makin merosot? Tidur ke? Atau selama ini Tok Pa sesat dalam hutan di Jeli?” soalnya.

Katanya lagi, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (BERSATU) juga gagal memainkan peranannya dalam mengendalikan industri dan perdagangan besar-besaran yang berkait rapat dengan sektor ekonomi negara.

“Takkan nak biarkan saja PM seorang diri untuk tanggung beban ini? Lepas itu keluhan rakyat, terutamanya peniaga restoran, pemain industri pembuatan, servis dan perladangan tentang kekurangan kronik tenaga kerja tempatan atau asing masih berterusan.

“Perkara itu menyebabkan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan dikecam oleh kumpulan ini kerana lambat menyelesaikan masalah tersebut. Saravanan ini juga menteri lantikan Muhyiddin,” katanya.

Susulan itu, Nur Jazlan mengingatkan Muhyiddin supaya menghentikan lakonan ‘low class’ beliau, jangan banyak cakap dan tutup mulut.

“Daripada duduk melalak salahkan orang lain dan minta PM bubarkan Parlimen, baik dia sendiri tarik sokongan kepada kerajaan dan biarlah Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dapat dibuat segera.

“Saya cabar Muhyiddin untuk push the button macam dia suka cakap sebelum ini. Sembang kencang saja tapi nak buat tak berani. Asyik main ugut-ugut saja, cuba buktikan dia bukan penakut dan bacul,” katanya.

Ujarnya, beliau percaya ramai menunggu Muhyiddin menggesa Ahli Parlimen BERSATU supaya menarik sokongan terhadap PM.

“Tak perlu nak tunggu Ismail Sabri bubarkan Parlimen sebab Muhyiddin pun boleh ambil tindakan supaya kerajaan terbubar.

“Tapi memang Muhyiddin ni jenis pengecut dan dia tak berani nak bertindak. Apatah lagi sejak akhir-akhir ini dia sudah hilang cengkaman dalam parti sendiri,” katanya. – Getaran, 25 September 2022

Sorotan

1

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

2

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

3

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

4

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

5

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

6

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

Disyorkan untuk anda

Semasa 58 minit yang lalu

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Luar Negara 6 jam yang lalu

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

Luar Negara 2 jam yang lalu

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

Semasa 6 jam yang lalu

Peserta Gaza Freedom Flotilla Dari Malaysia Tiba Di Istanbul