web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Exco Pemuda UMNO Minta PAS Perkukuh MN

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2022 5:08PM

Exco Pergerakan Pemuda UMNO menyarankan PAS mengadakan perbincangan segera bersama UMNO untuk terus memperkasa ‘khemah besar Melayu dan Islam’ - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Di sebalik kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Barisan Nasional (BN) adalah musuh Perikatan Nasional (PN), Exco Pergerakan Pemuda UMNO menyarankan PAS yang juga rakan gabungan berkenaan, mengadakan perbincangan segera bersama UMNO untuk terus memperkasa ‘khemah besar Melayu dan Islam’.

Menurut Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin, kepimpinan tertinggi UMNO dan PAS, perlu kembali ke meja rundingan dengan seberapa segera agar khemah besar Melayu dan paling utama agama Islam, tidak menjadi mangsa kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Jangan lagi pisang berbuah dua kali, biarlah putih tulang jangan putih mata, segalanya rosak binasa.

“Dengarlah suara kami akar umbi agar bangsa ini dan rakyat berbilang kaum dapat hidup aman harmoni dengan dipimpin Muafakat Nasional (MN),” katanya hari ini.

Muhamad Muqharabbin berkata, walaupun beliau mengakui amat sukar PAS dan UMNO untuk bekerjasama di beberapa negeri, demi agama, Melayu dan kesejahteraan bangsa lain, dua parti berkenaan harus mengetepikan kesombongan serta kembali kepada kesepakatan dan berkongsi kuasa demi kebaikan ummah.

Malah, beliau yakin dengan segala dirancangkan kepimpinan atasan parti, cuma diharap ia dilaksana sebaiknya menerusi perbincangan.

Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai itu berkata, kegagalan memberikan perkhidmatan terbaik akan menyebabkan rakyat sengsara, terutama dalam situasi ekonomi dunia dijangka mengalami kemelesetan tahun depan.

“Di Lembah Pantai khususnya, Alhamdulillah UMNO dan PAS sentiasa memberikan fokus kepada membantu rakyat dengan tidak ada perbalahan.

“Sekiranya kami di sini bergabung, saya yakin sepenuhnya, Parlimen Lembah Pantai, BN dan PAS dalam MN akan diberikan mandat untuk kembali memimpin serta membawa lanskap perubahan lebih baik untuk rakyat kawasan,” katanya.

Terdahulu, Getaran melaporkan, kedudukan PAS kini dalam dilema susulan kenyataan Muhyiddin yang juga Pengerusi PN semalam bahawa BN adalah musuh gabungan itu.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, istilah digunakan Muhyiddin itu ‘merosakkan’ usaha parti Islam berkenaan yang baru sahaja mahu membina semula jambatan dengan BN.

Menerusi kenyataannya, Muhyiddin meminta semua parti komponen PN sepakat bahawa musuh utama gabungan itu pada PRU-15 adalah BN.

Atas dasar itu, beliau mengingatkan parti komponen PN supaya bergerak sebagai satu pasukan dengan hala tuju sama.

Katanya, parti dalam PN tidak sepatutnya membuat kenyataan atau menyatakan pendirian bertentangan antara satu sama lain.

“Apabila tiba masa PRU-15 diadakan, maka PN didukung BERSATU (Parti Pribumi Bersatu Malaysia), PAS, GERAKAN (Parti Gerakan Rakyat Malaysia), STAR (Solidariti Tanah Airku) dan SAPP (Parti Progresif Sabah) yang akan gerakkan semua jentera kita,” katanya. – Getaran, 25 September 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 8 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad