web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Palsu! Ahmad Maslan Nafi Ahmad Zahid Calon PM UMNO PRU-15

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2022 3:49PM

Ahmad Maslan menafikan dakwaan bahawa Dr Ahmad Zahid Hamidi dicalonkan sebagai Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menafikan dakwaan bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dicalonkan sebagai Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menurut Ahli Parlimen Pontian itu, kenyataan yang tular berhubung perkata tersebut kononnya dikeluarkan beliau adalah palsu.

“Mudah sahaja untuk mengetahui benar atau tidak jika ada kenyataan daripada saya. Semak semua saluran media sosial saya iaitu Twitter, Facebook, Instagram dan TikTok.

“Jika tiada, maka ianya palsu. Dalam dunia ini memang ada sekumpulan manusia jahat dan bodoh yang kerjanya hanya memfitnah,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter.

Ahmad Maslan turut memuat naik foto kenyataan tersebut di Twitternya yang tular sejak Jumaat selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Presiden UMNO itu atas 40 tuduhan rasuah dalam kes sistem visa luar negara (VLN).

Kenyataan tersebut menyebut Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan bermesyuarat pada 30 September ini bagi membincangkan cadangan melantik Ahmad Zahid sebagai calon perdana menteri Barisan Nasional (BN) pada PRU-15.

Ahmad Zahid, 69, bagaimanapun masih berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

UMNO sebelum ini mengesahkan Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri pada PRU-15.

Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan negara pada Ogos tahun lalu, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melepaskan jawatan itu selepas desakan UMNO dan parti lain.

Semalam, Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kesediaan untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi selepas PRU-15 namun hanya jika tiada pilihan calon lain yang sesuai.

Begitupun, Ahli Parlimen Langkawi itu menegaskan sekiranya beliau memegang jawatan itu buat kali ketiga, ia bukanlah untuk tempoh lima tahun, mungkin hanya untuk setahun.

Katanya, beliau sebenarnya lebih suka berehat dan memainkan peranan sebagai pakar rujukan namun sekiranya desakan demi desakan datang, beliau tidak keberatan untuk menerima tawaran berkenaan. - Getaran, 25 September 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Politik 9 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik