Berita Terkini

12 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Akta Anti Lompat Parti, Pembangkang Tidak Tahu Atau Buat-Buat Tak Tahu?

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2022 3:34PM

Onn Hafiz Ghazi menegaskan, kerajaan negeri akan terus mengikuti proses dan saluran undang-undang yang betul dalam perkara itu bagi memastikan amalan demokrasi terjamin di Johor - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan negeri Johor tidak pernah menidakkan kepentingan Akta Anti Lompat Parti sebagaimana didakwa Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi (DAP).

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan, kerajaan negeri akan terus mengikuti proses dan saluran undang-undang yang betul dalam perkara itu bagi memastikan amalan demokrasi terjamin di Johor.

Katanya, beliau kecewa apabila semakin banyak fitnah, tohmahan dan penipuan dilakukan pembangkang untuk menyemarakkan perasaan benci rakyat terhadap kerajaan ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) semakin hampir.

“Antara buktinya ialah posting oleh Ahli Parlimen Kluang (Shu Qi) dari parti DAP ini, yang ternyata adalah satu lagi contoh penipuan pembangkang dalam usaha menghasut rakyat mengenai Enakmen Anti Lompat Parti.

“Adakah pihak pembangkang di Johor tidak tahu atau buat-buat tidak tahu proses undang-undang negara? Tidak tahu, bertanya. Malu bertanya sesat jalan. Jika tidak faham, infografik yang disediakan ada jelaskan di peringkat mana proses ketika ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Tegas beliau, Barisan Nasional (BN) Johor komited melunaskan ikhtiar parti itu yang diumumkan semasa pilhan raya negeri tempoh lalu.

Onn Hafiz berkata, bagaimanapun BN tidak perlulah hendak mendahului mana-mana pihak.

“Terkini, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah akan mendapatkan persetujuan Raja atau Yang di-Pertua Negeri, mengikut mana yang berkenaan, sebelum memberi perkenan terhadap Seksyen 6 Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022.

“Setelah perundangan ini berkuatkuasa di peringkat negeri, barulah negeri meminda Undang-Undang Tubuh atau Perlembagaan Negeri selaras dengan Sekyen 6 Akta A1663 berhubung dengan pindaan Jadual Kelapan, iaitu peruntukkan larangan lompat parti,” katanya.

Pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Ke-15 di Kota Iskandar, Iskandar Puteri semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim mencadangkan penubuhan jawatankuasa pilihan khas bagi menjalankan kajian dan cadangan Enakmen Anti Lompat Parti.

Cadangan itu bagaimanapun ditolak secara majoriti melibatkan 37 ADUN manakala 13 ADUN lagi bersetuju supaya undian dijalankan.

Susulan itu, Shu Qi menerusi ciapan di Twitter mendakwa, UMNO dan BN yang menguasai 37 daripada 56 kerusi DUN Johor menolak enakmen tersebut.

Beliau dalam nada sinis turut berkata, semakin kurang kerusi dikuasai BN dan UMNO, semakin baik perkembangan demokrasi negara ini.

“Pada 1978, Lim Kit Siang kemukakan usul dalam Parlimen untuk Akta Anti Lompat Parti, BN tolak. Julai 2022, UMNO dan BN 41 kerusi dalam Parlimen, mereka setuju untuk luluskan akta tersebut.

“September 2022, UMNO dan BN kuasai 37 kerusi daripada 56 kerusi di DUN Johor, mereka tolak enakmen tersebut. Kesimpulan, semakin kurang kerusi dikuasai UMNO dan BN, semakin baik perkembangan demokrasi negara kita,” katanya.

Kelmarin, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad dilaporkan berkata, tiada keperluan sebuah jawatankuasa pilihan khas peringkat negeri untuk menjalankan kajian dan cadangan Enakmen Anti Lompat Parti ditubuhkan.

Katanya, ini kerana enakmen berkenaan sudah diwartakan dan ditetapkan tarikh kuat kuasa dengan setiap DUN mempertimbangkan pemakaian enakmen tersebut.

Pada 28 Julai lalu, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 bagi mengatasi gejala melompat parti dalam kalangan Ahli Parlimen.

RUU membabitkan peruntukan larangan Ahli Parlimen bertukar parti itu diluluskan melalui undian belah bahagian oleh 220 Ahli Parlimen yang menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengumumkan seramai 209 Ahli Parlimen bersetuju, manakala 11 lagi Ahli Parlimen tidak hadir. - Getaran, 24 September 2022

Sorotan

1

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

3

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

5

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

6

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

7

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Ops Samba 2.0: Ketirisan Akibat Penyeludupan Di Kargo, KLIA Cecah RM2 Bilion - SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Henti Ambil Kesempatan Isu Stoking Kalimah Allah - Agong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perlu Tadabbur, Fahami Gesaan Al Quran - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN