Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


PRU-15: PH Kian Raih Sambutan Rakyat, Mampu Lonjak Peratusan Keluar Mengundi

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2022 7:06AM

Spekulasi mengenai PRU-15 semakin hangat diperkatakan apatah lagi selepas Bajet 2023, yang sepatutnya dibentangkan pada 28 Oktober, akan dibawa pada 7 Oktober ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Momentum kempen dan ceramah digerakkan Pakatan Harapan (PH) ketika ini semakin mendapat sambutan rakyat, sekali gus mampu menjadi antara penyumbang kepada peningkatan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Koordinator Penyelidik Research for Social Advancement (REFSA), Fakhrurrazi Rashid berkata, ia ditambah isu semasa, seperti skandal Kapal Tempur Pesisir (LCS) dan pemenjaraan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Justeru, beliau berpandangan, desakan UMNO agar PRU-15 diadakan segera sebagai strategi mengurangkan peratusan keluar mengundi, boleh ‘memakan diri’ susulan wujudnya momentum berkenaan.

Fakhrurrazi Rashid
Fakhrurrazi Rashid

“Desakan pihak UMNO agar PRU-15 diadakan segera, iaitu sebelum musim banjir, merupakan satu tindakan politik yang memberi kelebihan kepada UMNO-Barisan Nasional (BN) kerana dikatakan dapat mengurangkan individu keluar atau pulang mengundi.

“UMNO mahu menang majoriti dua pertiga dengan peratusan keluar mengundi rendah dan ia terbukti di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor. Namun, perkara ini bukan tetap kerana selepas skandal LCS dan Najib dijatuhkan hukuman, ia mampu menjadi faktor pengundi akan keluar mengundi.

“UMNO bimbang sekiranya masa yang ada ini berjaya membuatkan pembangkang bersatu-padu semula sebelum PRU-15. Ini akan menjejaskan peluang mereka mentadbir Putrajaya sekali lagi,” katanya kepada Getaran.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan ceramah Angkatan Muda Keadilan (AMK) baru-baru ini. - Gambar oleh Azim Rahman
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan ceramah Angkatan Muda Keadilan (AMK) baru-baru ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Menurut Fakhrurrazi, momentum PH dengan kempen dan ceramah yang kian mendapat sambutan, mencetuskan kegusaran kepada UMNO, terutama sekiranya blok pembangkang mampu membuatkan rakyat keluar melaksanakan tanggungjawab itu.

“Boleh dikatakan usaha pembangkang mendekati rakyat dan ketengahkan isu semasa dapat mempertingkat semangat rakyat untuk keluar mengundi,” katanya.

Beliau memberitahu, langkah mengadakan PRU-15 pada tahun depan sebaliknya akan memudahkan pengundi untuk keluar mengundi, memandangkan ketika ini, semua pihak seharusnya memberi fokus kepada usaha menghadapi banjir yang dijangka memberi impak besar kepada kehidupan rakyat.

Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata, PRU-15 masih boleh dilaksanakan pada tahun ini sekiranya dilakukan sebelum musim banjir.

Beliau berkata, berdasarkan perkongsian Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), ramalan banjir besar berlaku pada penghujung November ini.

Dr Mazlan Ali
Dr Mazlan Ali

Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, situasi semasa dilihat tidak menyebelahi BN kerana wujudnya banyak isu semasa, termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau menegaskan, pilihan raya umum diadakan untuk meraih kemenangan, bukan kekalahan, tetapi dalam situasi ketika ini, banyak isu tidak menyebelahi BN dan mengurangkan potensi parti berkenaan untuk mengungguli PRU-15.

Mazlan juga menarik perhatian, sekiranya Parlimen dibubarkan esok, ia akan tetap memakan masa sehingga sebulan untuk pilihan raya diadakan memandangkan terdapat proses tertentu perlu dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Kalau Parlimen dibubar akhir September, pastinya November juga pilihan raya. Jadi apa maksudnya mengadakan pilihan raya sebelum musim banjir?

“Sekarang pun sudah banjir, jadi ia akan memberi kesan kepada rakyat. Justeru langkah mengadakan PRU-15 sebelum banjir ini akan dipersoal rakyat. Sebaliknya, kelangsungan hidup rakyat pasca pandemik perlu dipastikan terlebih dahulu,” katanya.

Sementara itu, pendapat berbeza diketengahkan Pensyarah di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Datuk Dr Ismail Sualman yang melihat kepentingan PRU-15 diadakan segera demi sebuah kerajaan stabil.

Beliau menambah, UMNO berfikiran bahawa kerajaan campuran hari ini sebagai tidak stabil meskipun terdiri daripada pelbagai parti.

“Ia dikatakan sebuah kerajaan tidak stabil menyebabkan ‘kelesuan politik’ kerana tiada konsensus dan anggota Kabinet dilihat seolah-olah tidak lagi serasi.

“Pada saya, lebih elok adakan PRU-15 untuk sebuah kerajaan stabil dan yang penting, tidak wujud ketidakserasian,” katanya. - Getaran, 24 September 2022

Sorotan

1

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

2

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

3

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

4

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

5

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

6

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Papagomo Kemuka Representasi Gugur Tuduhan Kes Hasutan Kaitkan Kerajaan Pro Israel, Barat

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Sewa: JPJ Pulau Pinang Sita 22 Kenderaan, Keluar 63 Saman

Politik 5 jam yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

Semasa 20 minit yang lalu

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung