web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15 Masih Sempat Diadakan Sebelum Musim Banjir - Asyraf Wajdi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2022 5:28PM

Asyraf Wajdi Dusuki - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) masih sempat diadakan awal November depan, walaupun musim banjir diramal berlaku pada akhir bulan tersebut.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, banjir boleh dielak sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mampu melaksanakan PRU15 dalam tempoh empat minggu, jika Parlimen dibubarkan pada awal Oktober ini.

Menurut beliau, berdasarkan rekod Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14),  pembubaran Parlimen ketika itu dibuat pada 7 April 2018 dan SPR mengadakan pilihan raya umum (PRU) tersebut pada 8 Mei 2018 iaitu dalam masa empat minggu.

“Jabatan Meteriologi Malaysia (MET Malaysia) meramalkan bahawa banjir besar bakal berlaku pada akhir November 2022. Maka ramailah yang mendesak terutamanya pembangkang supaya PRU15 ditangguhkan kerana membahayakan nyawa rakyat.

“Saya juga bersetuju bahawa PRU wajar ditangguhkan jika banjir benar-benar berlaku. Tapi berdasarkan kepada rekod kerja SPR pada PRU lepas dan mengambil kira ramalan banjir masa kini, membuktikan kita masih sempat dan dapat mengadakan PRU sebelum musim banjir jika dewan dibubar awal Oktober,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, ramalan MET Malaysia yang menjadi rujukan utama masa kini boleh menjadi landasan tepat supaya Parlimen boleh dibubarkan pada awal Oktober, terutamanya antara tempoh 7 sehingga 10 Oktober.

“Jika ramalan MET Malaysia ini dijadikan sandaran, maka PRU masih boleh diadakan sebelum banjir besar pada akhir November.

“Umpamanya jika dibubar pada awal Oktober, maka PRU-15 dapat dan sempat dibuat awal November depan , iaitu dua hingga tiga minggu sebelum ramalan hujan lebat,” katanya.

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipetik sebagai berkata, jentera parti itu sanggup meredah PRU-15 sekiranya diadakan pada musim banjir, bukan kerana beliau takut kepada hukuman bagi kes rasuah yang dihadapinya.

Beliau sebaliknya menyatakan, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sentiasa konsisten untuk pilihan raya diadakan segera kerana membawa suara ahli parti, selain menghormati mandat rakyat.

Bagaimanapun, parti seperti Parti Amanah Negara (AMANAH) berpendapat PRU pada musim tengkujuh akan menyusahkan orang ramai dan meningkatkan perbelanjaan agensi kerajaan.

Presidennya, Mohamad Sabu, dilaporkan berkata, ia kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengeluarkan dana yang lebih besar untuk menangani pemilihan terutama di kawasan berisiko banjir.

Malah Parti Ikatan Demokratik (MUDA) turut berhasrat mengadakan perhimpunan pada Sabtu ini bagi membantah PRU-15 diadakan pada musim tengkujuh tahun ini. – Getaran, 22 September 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

3

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95