Berita Terkini

7 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


PH Harus Waspada Rundingan Kerusi Dengan MUDA - Mujahid

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2022 10:07AM

Mujahid Yusof Rawa - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Pakatan Harapan (PH) diingatkan agar berhati-hati dalam rundingan kerusi dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) memandangkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang semakin hampir dijangka menjadi satu pertembungan sengit.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata, pakatan pembangkang itu perlu mengendalikan strateginya, pengagihan kerusi dan lokasi untuk bertanding "secara halus" dengan mengambil kira PRU-15 mungkin menyaksikan pertembungan pelbagai penjuru.

“Kita perlu faham bahawa pesaing kita seperti Barisan Nasional (BN) mempunyai pengikut setia yang tidak akan goyah meskipun pemimpin mereka melakukan kesalahan dalam tadbir urus.

“PH juga perlu mengkaji tahap ‘pengundi atas pagar’ yang ada pada pilihan raya ini, dan memastikan tiada pertindihan sokongan di beberapa kawasan.

“Berapa ramai pengundi telah membuat keputusan, dan adakah mereka akan mengundi jika kemungkinan berlaku banjir atau semasa wabak? Ini adalah faktor yang perlu difikirkan,” katanya.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu turut menekankan perlunya pengorbanan dan sikap tidak mementingkan diri ahli PH dalam usaha memulihkan kestabilan politik, berbeza dengan sesetengah pihak yang hanya mahu bertanding untuk kepentingan diri sendiri.

Beliau berkata demikian selepas berucap pada persidangan keamanan wilayah utara di sini malam tadi.

Majlis itu yang diadakan untuk menandakan Hari Keamanan Antarabangsa, dianjurkan bersama oleh kumpulan masyarakat sivil iaitu Pusat Komas, yang memperjuangkan hak asasi manusia masyarakat Orang Asli dan Penang Harmony Corp (Harmonico) di bawah pejabat Exco Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam, Chong Eng.

Semasa penutupan acara itu, Chong Eng berkata, bahawa 11 program dan aktiviti telah disusun di bawah kempen Keamanan 21 (2022) di seluruh negara dalam meraikan keamanan di semua peringkat, melibatkan semua lapisan masyarakat.

Beliau berkata, kemuncak kempen itu ialah pelancaran Jalan Harmoni di Seberang Jaya.

“Ia terletak di sekitar Jalan Todak dan Lorong Jelawat 4 di Seberang Jaya. Terdapat sembilan rumah ibadat termasuk sebuah masjid di kawasan itu,” katanya.

Majlis penutup yang menandakan berakhirnya program terakhir kempen Persidangan Keamanan Wilayah Utara diadakan hari ini untuk membolehkan perbincangan membina tentang impak internet terhadap perkauman dan diskriminasi kaum.

“Di Pulau Pinang, kami percaya semua orang memainkan peranan dalam memupuk keamanan.

“Kerajaan tidak boleh melakukannya sendiri untuk mewujudkan keamanan, kesaksamaan gender, atau pemerkasaan komuniti. Semua masyarakat mesti terlibat.

“Kami percaya terhadap pendekatan keseluruhan masyarakat. Oleh itu, adalah penting nilai ini sampai kepada masyarakat,” katanya.

Menurut Pensyarah Kanan Politik Dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, insiden perkauman cenderung meningkat setiap kali berlaku perbalahan ekonomi, dengan media sosial mudah mempengaruhi orang ramai untuk berpandangan melampau. - The Vibes, 22 September 2022

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

PJMR 2024 Dijangka Catat RM1.6 Juta Nilai Jualan – Ewon

Semasa 2 jam yang lalu

Ops Lebih Muatan: JPJ Keluar 126 Notis Saman, 13 Kenderaan Barangan Dikenakan Tindakan

Semasa 6 jam yang lalu

16 Kereta Dan 3 Rumah Rosak Akibat Pokok Tumbang Susulan Hujan Lebat Di KL

Semasa 1 jam yang lalu

Jenazah Tokoh Wartawan Ahmad Rejal Arbee Selamat Dikebumikan