web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


UMNO Cabar Muhyiddin Tolak PM, “Kalau Berani Tekan Butang Sekarang!”

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2022 5:12PM

Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Muhyiddin tidak hanya perlu ‘menyalak’ dan menggertak, tetapi membuktikan dengan tindakannya. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin dicabar agar mengarahkan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob jika melihat kerajaan hari ini gagal mengurus ekonomi dengan baik.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Presiden Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) itu tidak hanya perlu ‘menyalak’ dan menggertak, tetapi membuktikan dengan tindakannya.

“Buktikan dengan tindakan sebagai anak jantan untuk segera arah anak-anak buah Tan Sri (Muhyiddin) dalam kerajaan untuk menarik sokongan terhadap perdana menteri.

“Kalau berani tekan butang sekarang!” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Semalam, Muhyiddin menyarankan Ismail agar membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), jika gagal menguruskan ekonomi dan negara dengan baik.

Beliau berkata, kejatuhan nilai ringgit, kenaikan kadar inflasi dan keadaan ekonomi pasca pandemik, memberi kesan buruk kepada kehidupan rakyat.

Bagaimanapun, Muhyiddin menegaskan beliau belum sampai ke tahap mahu mendesak perdana menteri supaya membubar Parlimen.

“Tetapi, saya pun terfikir, jika perdana menteri terus gagal mengurus ekonomi dan negara dengan baik, eloklah pilihan raya diadakan supaya kerajaan baharu yang lebih cekap, prihatin dan bebas rasuah dapat dipilih oleh rakyat,” katanya.

Mengulas lanjut Asyraf Wajdi berkata, keadaan ekonomi hari ini jauh lebih baik berbanding ketika di bawah pimpinan mantan Perdana Menteri kelapan itu.

“Keadaan ekonomi hari ini jauh lebih baik daripada waktu beliau buat ‘lockdown’ separa masak paling lama dan menggantung Parlimen sewenang-wenangnya beberapa bulan. Jadi siapa sebenarnya yang gagal urus ekonomi?

“Siapa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri? Siapa Menteri Perancang Ekonomi (EPU)? Dan siapa Pengerusi Majlis Pemulihan Ekonomi? Bukankah semuanya termasuk Tan Sri daripada parti Bunga (BERSATU)? Sekali lagi siapakah yang sebenarnya gagal?

“Apakah setelah Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz isytihar menyertai Barisan Nasional (BN), maka menteri kewangan lantikan Tan Sri bahkan disyaratkan oleh Tan Sri sendiri untuk dikekalkan sebagai menteri kewangan zaman Ismail Sabri terus diisytiharkan gagal juga?” soalnya.

Sementara itu, Ismail Sabri menegaskan semua pihak termasuk Muhyiddin yang berperanan sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), turut bertanggungjawab sekiranya kerajaan didakwa gagal dalam menguruskan ekonomi dan negara dengan baik.

Katanya, ini kerana usaha memastikan pentadbiran dan pengurusan negara serta ekonomi bukanlah digalas beliau secara individu, sebaliknya menjadi tanggungjawab bersama.

“Pengurusan ekonomi dijaga oleh Mustapa (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed), manakala MPN dipengerusikan Muhyiddin menasihatkan kerajaan dari segi ekonomi.

"Ia adalah tanggungjawab bersama, kalau gagal maknanya semua gagal. Semua gagal termasuk Majlis Pemulihan Negara juga gagal," katanya. – Getaran, 20 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

2

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

3

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

4

Semasa 8 bulan yang lalu

PM Arah Lawatan Menteri, Timbalan Ke Luar Negara Dihentikan Sementara

Sorotan

1

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

2

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

3

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

5

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

6

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 27 minit yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran