web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU Pada November, UMNO Enggan Beri Hayat Politik Kepada PH

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2022 6:59AM

Penganalisis politik berkata UMNO mengambil pendekatan untuk menggesa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan lebih awal bagi membantutkan strategi pembangkang - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Gesaan UMNO untuk pilihan raya umum (PRU) dilaksanakan lebih awal adalah kerana parti itu enggan memanjangkan hayat politik Pakatan Harapan (PH), khususnya PKR.

Komponen utama blok pembangkang itu kini sedang rancak menjelajah seluruh negara bagi menjayakan program ‘Ayuh Malaysia’, yang dilihat mampu memberi kesan besar dalam meraih sokongan pengundi.

Penganalisis politik, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, program jelajah itu dijangka hanya tamat Februari tahun depan, sekali gus berupaya meraih impak maksimal daripada pengundi jika dibiarkan terus berlangsung.

Program jelajah 'Ayuh Malaysia' dijangka hanya tamat Februari tahun depan, sekali gus berupaya meraih impak maksimal daripada pengundi jika dibiarkan terus berlangsung - Gambar oleh Syeda Imran
Program jelajah 'Ayuh Malaysia' dijangka hanya tamat Februari tahun depan, sekali gus berupaya meraih impak maksimal daripada pengundi jika dibiarkan terus berlangsung - Gambar oleh Syeda Imran

Atas faktor itu jelasnya, UMNO mengambil pendekatan untuk menggesa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan lebih awal bagi membantutkan strategi pembangkang itu.

“Jelajah ‘Ayuh Malaysia’ boleh menembusi dan menarik undi orang Melayu, justeru, UMNO berpendapat memberi peluang kepada itu kepada PH  samalah seolah-olah mereka memberi talian hayat kepada pembangkang.

“Tindakan melengahkan pilihan raya hanya akan memberi waktu kepada PKR, jadi PRU15 perlu disegerakan. Itulah strategi politik UMNO,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Menurut beliau, bukanlah sesuatu yang pelik jika PRU15 diadakan pada November, memandangkan sejarah membuktikan bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah membubarkan Parlimen bagi membolehkan pilihan raya diadakan pada bulan sama ketika 1999.

“Ketika itu, ada dua situasi yang perlu dihadapi UMNO iaitu ura-ura akan mengalami kekalahan kepada pembangkang dan musim tengkujuh di kebanyakan negeri.

“Namun Dr Mahathir tetap membubarkan Parlimen dan berjaya memenangi pilihan raya tersebut,” katanya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah membubarkan Parlimen bagi membolehkan pilihan raya diadakan pada bulan November ketika 1999 - Gambar Fail
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah membubarkan Parlimen bagi membolehkan pilihan raya diadakan pada bulan November ketika 1999 - Gambar Fail

Mengulas lanjut, Awang Azman berkata, tindakan seumpama itu akan memberikan kelebihan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) jika berlakunya banjir ketika pilihan raya.

“Ia akan memberikan kelebihan kepada UMNO dan BN kerana Perdana Menteri biasanya dilantik sebagai ‘caretaker’ untuk kerajaan, jadi jika berlaku bencana, Perdana Menterilah yang akan mengarahkan aset dan bantuan untuk mangsa,” katanya.

Sementara itu, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Dr Azmi Hassan pula berpendapat, naratif dibawa UMNO berhubung isu perbicaraan pemimpinnya yang didakwa sebagai ‘pilih kasih’ ada kesannya terhadap ahli akar umbi.

Beliau berkata, sentimen ketidakadilan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam isu sabitan kes penyelewengannya amat ‘mencengkam’ dan memberi kesan mendalam.

Dr Azmi Hassan berpendapat, naratif dibawa UMNO berhubung isu perbicaraan pemimpinnya yang didakwa sebagai ‘pilih kasih’ ada kesannya terhadap ahli akar umbi - Gambar Fail
Dr Azmi Hassan berpendapat, naratif dibawa UMNO berhubung isu perbicaraan pemimpinnya yang didakwa sebagai ‘pilih kasih’ ada kesannya terhadap ahli akar umbi - Gambar Fail

“Saya tidak melihat kejanggalan bagi pemimpin UMNO yang sedang menghadapi proses perbicaraan untuk menggesa proses pilihan raya dilakukan secepat mungkin.

“Katakanlah BN (berjaya) menerajui kerajaan, ia masih tidak mengubah proses penghakiman atau perbicaraan kerana prosiding masih tetap diteruskan walaupun individu yang berdepan pendakwaan memenangi pilihan raya,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, kes mahkamah yang dihadapi oleh pemimpin UMNO sedikit sebanyak akan memberikan ‘peluru’ kepada pihak pembangkang dalam proses berkempen mereka.

“Secara tidak langsung, perincian ini ada kelebihan untuk pembangkang kerana ada hujah yang boleh diguna pakai bagi ‘membenam’ lawan mereka,” katanya.  – Getaran, 20 September 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

4

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Sorotan

1

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

2

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

3

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

5

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

6

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 11 minit yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad