web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kejatuhan Nilai Ringgit Hanya Sementara: Guan Eng Sangkal Annuar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 19 Sep 2022 10:11PM

Guan Eng menyifatkan kenyataan tersebut sebagai salah dan tidak jujur. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP, Lim Guan Eng menyangkal kenyataan Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa kononnya kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hanya bersifat sementara.

Menyifatkan kenyataan tersebut sebagai salah dan tidak jujur, mantan Menteri Kewangan itu memberitahu, kejatuhan nilai ringgit sekarang berbanding dolar AS bukanlah sementara apabila ringgit telah jatuh hampir sembilan peratus tahun ini, daripada RM4.17 pada akhir 2021 kepada paras terendah sejak 24 tahun.

“Adakah Annuar tidak mendengar berapa banyak lagi perlu ditanggung oleh rakyat Malaysia akibat harga ringgit yang semakin menurun sepanjang tahun lalu?

“Kos tambahan ini pastinya tidak bersifat sementara dan tidak boleh didapatkan semula, ditambah kegagalan Annuar sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Khas Kabinet Jihad Tangani Inflasi, (menyebabkan) rakyat Malaysia juga perlu membayar kos faedah yang lebih tinggi,” katanya hari ini.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Annuar baru-baru ini bahawa kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar AS dijangka bersifat sementara kerana ia membabitkan pelbagai faktor, antaranya penyelarasan dasar monetari yang sedang dilakukan kedua-dua negara.

Guan Eng memberitahu, selepas Annuar menjadi Pengerusi Jihad Tangani Inflasi pada bulan Jun, inflasi seperti yang diukur oleh Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat daripada 3.4 peratus pada Jun kepada 4.4 peratus pada Julai.

“Inflasi makanan pula meningkat daripada 6.1 peratus pada Jun kepada 6.9 peratus pada Julai.

“Kegagalan membendung inflasi menyebabkan Bank Negara meningkatkan Kadar Dasar Semalaman sebanyak 25 mata asas kepada 2.5 peratus bulan ini,” katanya.

Beliau memberitahu, Annuar juga silap memberi gambaran bahawa penurunan nilai ringgit hanya dibandingkan dengan dolar AS.

Berbanding dolar Singapura, ujarnya, ringgit baru-baru ini merosot ke paras terendah di dalam sejarah iaitu RM3.26 manakala rupiah Indonesia mengukuh lebih daripada 4 peratus tahun ini.

“Kejahilan Annuar dan sikap tidak menerima kenyataan berkenaan penurunan nilai ringgit menunjukkan dia tidak tahu apa yang dilakukan.

“Tahap ketidakcekapan seperti ini sangat jelas di kalangan Kabinet serta hanya menambah kesusahan rakyat dan perniagaan yang mahukan kepimpinan membantu mereka menangani harga yang melambung tinggi, ketidakstabilan gaji, kekurangan buruh yang teruk dan kelemahan tadbir urus,” katanya.

Dalam isu berasingan, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengejutkan rakyat Sabtu lalu apabila beliau mendesak pilihan raya umum dilaksanakan awal tahun ini, walaupun pada musim tengkujuh dan ketika banjir besar.

Katanya, Ahmad Zahid memberi jaminan bahawa BN bersedia mengharungi banjir untuk berkempen sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan pada musim tengkujuh.

“Jelas bahawa bagi UMNO, mengadakan dan memenangi pilihan raya adalah lebih penting daripada menyelamatkan harta benda dan nyawa rakyat yang terjejas akibat banjir.

“Ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab, mementingkan diri dan kejam, tetapi pengkhianatan terhadap kepercayaan rakyat apabila BN tidak mengutamakan kepentingan, keselamatan dan nyawa mereka kerana kepentingan politik,” katanya. - Getaran, 19 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

2

Politik 2 tahun yang lalu

'YB Kepala Batas, Kamu Ada 48 Jam Untuk Kemukakan Bukti' - Guan Eng

3

Politik 2 tahun yang lalu

Rakyat Perlu Bersatu, Tolak Eksploitasi Perkauman, Ekstremisme - Guan Eng

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kertas Siasatan Hadi Awang, Guan Eng Diserah Ke AGC Semalam - KPN

Sorotan

1

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

2

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

3

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

5

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

6

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

Disyorkan untuk anda

Politik 25 minit yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad