web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kenyataan Zahid, Hadi Terburuk, Tahun Ini - Kit Siang

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2022 7:50PM

Kit Siang membidas kenyataan Ahmad Zahid dan Abdul Hadi. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kenyataan politik dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid dan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang disifatkan sebagai terburuk tahun ini.

Membidas kenyataan mereka, Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang  berkata, kenyataan Ahmad Zahid berhubung kesediaan Barisan Nasional (BN) meredah banjir sekiranya pilihan raya umum (PRU) diadakan pada musim tengkujuh dianggap sebagai satu retorik yang amat keterlaluan.

Menurut beliau, takrifan sama diberikan ke atas kenyataan dibuat Abdul Hadi yang mendakwa ramai pemimpin Pakatan Harapan (PH) sebagai ‘tidak beriman dan tidak bermoral’.

“Kenyataan Zahid jelas menunjukkan bahawa UMNO dan BN amat tidak bertanggungjawab atau mempedulikan kebajikan rakyat semasa musim banjir dan tengkujuh.

“Mereka hanya mahu PRU diadakan segera supaya ‘kluster mahkamah’ dalam kalangan pimpinan UMNO dapat melepaskan diri dari hukuman penjara akibat kesalahan rasuah,” katanya hari ini.

Kit Siang berkata, kesediaan BN mengadakan PRU semasa musim tengkujuh membuktikan bahawa kebajikan rakyat tidak lagi menjadi agenda utama.

“Musim tengkujuh bukan lagi dilihat sebagai waktu yang tidak sesuai untuk mengadakan pilihan raya.

“Era di mana kebajikan rakyat masih dianggap sebagai penting berbanding dengan kebajikan pemimpin politik semata-mata tidak lagi wujud,” bidasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, veteran DAP itu menambah, kenyataan Abdul Hadi kononnya ramai pemimpin PH tidak beriman dan mengambil rasuah ‘mengecualikan’ Abdul Hadi untuk bergelar pemimpin yang sesuai bagi sebuah negara yang majmuk.

“Adalah amat mengecewakan melihat seorang pemimpin Islam dari sebuah negara majmuk seperti Malaysia membuat suatu kenyataan tidak rasional sedangkan terdapat perkembangan toleransi dan kebebasan di negara Asia Barat dan negara Islam lain.

“Tidak mengejutkanlah apabila Abdul Hadi diharamkan dari ke Arab Saudi dan beberapa negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang lain walaupun dia merupakan Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah yang bertaraf Menteri,” katanya.

Kit Siang turut mempersoalkan, apakah kenyataan dibuat Abdul Hadi adalah punca Malaysia kini berada di belakang lima negara OIC dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International.

“Apakah kita bakal ditinggalkan di belakang lebih banyak negara OIC yang lain melainkan kita memerangi rasuah secara serius,” katanya.

Negara katanya lagi, sedang berhadapan dengan suasana politik yang buruk apabila pemimpin terlalu obses dengan kepentingan peribadi sendiri secara terbuka.

“Mereka amat bersedia untuk menggunakan provokasi melalui penipuan dan fitnah untuk menjaga kepentingan politik masing-masing,” katanya, tajam. - Getaran, 19 September 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 4 minggu yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Tidak Pernah Berhasrat Jadi Pembangkang Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

2

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

3

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

5

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

6

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 7 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka  Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran