Berita Terkini

7 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Beri PM Lebih Masa Buktikan Kepimpinannya, Gesa Ahli BN

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 18 Sep 2022 12:41PM

Ahli akar umbi gabungan menggesa supaya Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob diberi lebih masa untuk menerajui negara. - Gambar Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketika ahli Pemuda Barisan Nasional (BN) berhimpun semalam untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), ahli akar umbi gabungan itu menggesa supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diberi lebih masa untuk menerajui negara.

Di saat gesaan pihak tertentu agar kepimpinan UMNO memutuskan calon Perdana Menteri, seorang kakitangan Pentadbiran, Leow Chuan Yin, 39, berkata, Ismail Sabri perlu diberi lebih masa untuk berkhidmat bagi membuktikan kemampuan kepimpinannya yang sebenar.

“Beliau sudah menjalankan tugas yang bagus sejak memegang jawatan itu bermula setahun lalu tetapi memerlukan lebih banyak masa untuk membuktikan kemampuannya.

“Saya harap Perdana Menteri kita sekarang akan kekal dalam jawatannya supaya kita dapat melihat hasil lebih baik daripada tadbir urus beliau,” katanya.

Dia berkata, tidak adil untuk orang ramai menilai keupayaan Ismail Sabri sebagai pemimpin setakat ini, yang disifatkannya sebagai ‘masih mentah’, berbanding Perdana Menteri lain yang memerintah lebih lama.

“Beliau hanya memegang jawatan itu untuk jangka pendek, ada dasar yang perlu diubah, rancangan untuk dilaksanakan. Jadi, beliau sebenarnya perlukan lebih masa.

“Mungkin kita boleh lihat kesan positifnya. Pasti kita akan menikmati faedahnya. Kita berharap BN boleh menang dalam pilihan raya dan Ismail Sabri kekal dengan jawatannya,” kata ahli BN kawasan Subang itu kepada The Vibes.

Sementara itu, Alvin Soh, 24, berkata mentadbir negara selama hanya kira-kira setahun tidak mencukupi untuk Perdana Menteri memenuhi aspirasinya berhubung konsep Keluarga Malaysia.

“Ismail Sabri menawarkan konsep perpaduan yang baik melalui pemerkasaan Keluarga Malaysia. Namun, masih banyak lagi rancangan belum dilaksanakan.

“Jika beliau meneruskan penggal sebagai Perdana Menteri, sudah tentu lebih banyak lagi akan dicapai kerajaan pimpinannya,” kata anggota Pemuda BN di Johor itu.

Bagi wakil Pemuda BN Sungai Besar, Muhammad Akhrizan, 39, kerajaan pimpinan Ismail Sabri kini menunjukkan prestasi cemerlang.

“Beliau (Ismail Sabri) juga seorang ‘poster boy’ untuk BN, pemimpin tempatan kita memberi sokongan penuh kepadanya,” katanya.

Bagaimanapun, beliau turut menyatakan terdapat beberapa kelemahan dalam kepimpinan semasa yang perlu dipandang serius.

“Kita tidak nafikan ada kelemahan dalam kerajaan sekarang. Kerajaan dan parti harus bekerjasama untuk memastikan sokongan akar umbi kekal.

“Imej parti (BN) juga sudah tercalar dengan pemimpin kita dipenjara. Tetapi kami tetap menyokong kepimpinan sekarang,” kata Akhrizan.

Setiausaha Putera UMNO, Muhammad Irfaan Fikri, 24, berpendapat, keputusan mengenai calon Perdana Menteri parti itu perlu dibuat oleh pucuk pimpinan UMNO.

“Sebagai ahli parti, kita sentiasa menerima siapa pun yang dilantik sebagai Perdana Menteri, tidak kira keputusan itu datang daripada UMNO atau BN.

“Kami perlu berpegang kepada keputusan supaya tidak berlaku perebutan jawatan.

“Ini adalah proses demokrasi sebenar dalam parti. Apabila seseorang dilantik, kami pasti akan bersetuju dan sebulat suara dengan keputusan itu,” kata Irfaan.

Beliau juga menyatakan, BN tidak seharusnya kekal dalam ‘zon selesa’ kerana untuk gabungan terbabit mendapat semula Putrajaya, ia perlu menarik pengundi muda yang pastinya menjadi satu cabaran.

Kita sudah melihat keputusan yang baik dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka, tetapi untuk meyakinkan orang muda mengundi BN adalah sangat sukar dan mencabar untuk parti.

“Dinamiknya berbeza selepas pilihan raya umum lalu, jadi BN perlu bekerja lebih keras. Kita boleh lihat hari ini kehadirannya cukup memberangsangkan yang boleh memberi harapan kepada BN (menang).

Sementara itu, Ketua Pemuda MIC K Raven Kumar, 40, berikrar akan memberikan sokongan penuh dan memperjuangkan sebarang keputusan dibuat parti.

“Bagi saya, saya percaya kepada kepimpinan BN, kita akan menyokong sesiapa sahaja yang dinamakan sebagai Perdana Menteri asalkan ada kata sepakat dalam kalangan parti komponen BN.”

Raven turut meluahkan kebimbangannya mengenai pilihan raya negara yang semakin hampir, malah memberi amaran bahawa BN tidak seharusnya ‘sombong’ dan terlalu yakin susulan keputusan pilihan raya negeri sebelum ini.

“Sebaliknya, parti mesti bekerja lebih keras untuk mendapatkan kembali sokongan daripada rakyat. BN kalah dalam pilihan raya sebelum ini kerana kekecewaan rakyat." – The Vibes, 18 September 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 4 hari yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Titip Pesanan Kepada Anggota JKDM, JIM Supaya Sentiasa Jaga Disiplin, Integriti

3

Semasa 3 minggu yang lalu

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Hampir 10,000 Sertai Majlis Iftar Madani Bersama PM

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Tragedi Helikopter: Bedah Siasat 10 Mangsa Selesai 2.20 Petang - TLDM

Semasa 1 hari yang lalu

10 Anggota Dan Pegawai TLDM Maut, 2 Helikopter Bertembung Di Lumut

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

APM Selamatkan Kanak-kanak Terperangkap Dalam Kereta Di Bukit Bintang

Semasa 4 jam yang lalu

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris