web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pertikaian PAS, UMNO, PN Sekadar Pamer ‘Hubungan Sumbang’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2022 2:48PM

Mohamad Sabu (tengah) membidas ‘hubungan sumbang’ dipamerkan ‘parti pengkhianat’ PAS, UMNO dan Perikatan Nasional (PN), dengan mendakwa ia sekadar untuk mengaburi keadaan sebenar serta memperbodohkan rakyat. - Gambar Facebook Parti Amanah Negara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu membidas ‘hubungan sumbang’ dipamerkan ‘parti pengkhianat’ PAS, UMNO dan Perikatan Nasional (PN), dengan mendakwa ia sekadar untuk mengaburi keadaan sebenar serta memperbodohkan rakyat.

Bercakap pada Muktamar Kebangsaan AMANAH di Seremban hari ini, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, menuding jari kepada PAS atas peranan dimainkannya dalam Langkah Sheraton yang menyaksikan kejatuhan Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan pada Februari 2020.

“UMNO secara konsisten menafikan penglibatannya (dalam Langkah Sheraton), tetapi rakyat tahu UMNO lebih berminat untuk bekerjasama dengan pengkhianat bagi membentuk kerajaan ‘pintu belakang’.

“Tidak pernah dalam sejarah parti Islam bersekongkol dengan kleptokrat yang terbabit dalam kes rasuah besar untuk menjatuhkan kerajaan dan membentuk kepimpinan lain yang lebih teruk daripada sebelum ini,” dakwanya.

Langkah Sheraton menyaksikan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengetuai beberapa Ahli Parlimen meninggalkan PKR dan memberikan sokongan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang menarik diri daripada PH untuk membentuk gabungan PN dengan PAS. Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin kemudian dilantik sebagai Perdana Menteri.

Dalam tempoh 17 bulan kemudian, UMNO menarik balik sokongan kepada kerajaan PN pada 2021, menyaksikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Perdana Menteri, iaitu tindakan dilabelkan Mohamad sebagai ‘rampasan kuasa’.

“Selepas menjatuhkan pemerintahan PN, mereka (UMNO, PAS, dan PN) masih boleh duduk bersama dan menjalinkan ‘hubungan sumbang’ di hadapan semua orang semasa mereka memegang kuasa sebagai kerajaan Persekutuan.

“Adalah pelik melihat bagaimana ahli PN menghentam rakan parti, manakala PAS menghentam UMNO dan UMNO membuat tindakan balas sama, tetapi mereka akhirnya boleh duduk bersama dalam mesyuarat Kabinet.

“Mereka hanya berpura-pura di hadapan orang ramai. Mereka mungkin kelihatan berpecah, tetapi mereka bersatu dalam matlamat mereka untuk ‘merompak rakyat’,” dakwanya.

Pada Khamis lalu, Ismail Sabri berkata, Majlis Kerja Tertinggi UMNO akan membuat keputusan berhubung nasib kerjasama politik dengan PAS.

Ia sepatutnya diadakan hari ini, tetapi ditangguhkan ke 30 September.

PAS juga memberi jaminan kepada PN bahawa perbincangan antaranya dan UMNO berhubung Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) adalah ‘rundingan tidak rasmi’ yang tidak melibatkan mana-mana pemimpin parti.

Sebelum ini, UMNO dan PAS mengukuhkan kerjasama politik menerusi Muafakat Nasional (MN) yang dilihat goyah kebelakangan ini. – The Vibes, 17 September 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 1 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

Sorotan

1

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

2

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

3

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

5

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

6

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Luar Negara 7 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka  Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 8 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad