Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Mahathir, Anwar Harus Dipersalahkan Atas ‘Kebuntuan Politik’ Semasa - Mohd Shafie

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2022 12:16PM

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal terbuka kepada prospek parti Sabah dan Sarawak membentuk blok yang boleh membantu menstabilkan kerajaan Persekutuan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN – Pengundi harus ‘menjauhi’ mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim memandangkan kedua-dua pemimpin itu didakwa terlibat dalam ‘kebuntuan politik’ semasa, kata Presiden Parti Warisan (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Mohd Shafie yang juga mantan sekutu mereka menyalahkan kedua-dua pemimpin itu berhubung keadaan kurang membangun dengan ‘perselisihan’ berterusan antara mereka.

“Apabila dalam UMNO, mereka bergaduh dan kemudian dalam Pakatan Harapan (PH), mereka berseteru tanpa henti. Dalam usaha merebut kuasa, mereka menikam belakang orang lain di sepanjang jalan,” kata Mohd Shafie kepada kira-kira 600 orang pada majlis makan malam untuk mengumpul dana di Dewan Perbandaran Cina Pulau Pinang di sini, malam tadi.

Beliau kemudian mengimbau semasa beliau bersama PH, Dr Mahathir berjanji kepadanya sebelum pilihan raya umum 2018 bahawa Parti Pribumi Bersatu (BERSATU), iaitu parti yang diasaskan Dr Mahathir tidak akan masuk ke Sabah.

Namun, Mohd Shafie berkata, BERSATU memasuki Sabah sebaik PH memenangi pilihan raya umum pada 2018.

“Anwar sedang berunding dengan kami semasa pilihan raya Sabah, namun kami dimaklumkan beliau turut bercakap dengan parti lain di luar Sabah pada saat akhir.

“Jika orang seperti Dr Mahathir dan Anwar boleh datang ke Sabah untuk mencari kerusi, tidak ada sebab WARISAN tidak boleh melakukan perkara yang sama di Semenanjung,” katanya.

Dengan banyak ketidaktentuan menjelang pilihan raya umum, Shafie memberitahu, beliau terbuka kepada prospek parti Sabah dan Sarawak membentuk blok yang boleh membantu menstabilkan kerajaan Persekutuan.

“Sarawak mempunyai 31 (kerusi Parlimen) dan Sabah 25. Bersama-sama kita mempunyai lebih banyak kerusi berbanding UMNO (Barisan Nasional). Jangan pandang rendah kami rakyat di Malaysia Timur,” katanya.

Perpaduan di Sabah dan Sarawak boleh menebus kesilapan lalu kerajaan Persekutuan dan membantu mendapatkan hak sama rata, selain akses kepada pembayaran royalti minyak serta gas asli -Gambar oleh Ian McIntyre
Perpaduan di Sabah dan Sarawak boleh menebus kesilapan lalu kerajaan Persekutuan dan membantu mendapatkan hak sama rata, selain akses kepada pembayaran royalti minyak serta gas asli -Gambar oleh Ian McIntyre

Shafie berkata, perpaduan di Sabah dan Sarawak boleh menebus kesilapan lalu kerajaan Persekutuan dan membantu mendapatkan hak sama rata, selain akses kepada pembayaran royalti minyak serta gas asli.

Jelasnya, pengundi harus berhenti menyalahkan ahli politik kerana kuasa untuk membuat keputusan adalah di tangan mereka.

“Ahli politik sudah membuat kerosakan beberapa tahun sebelum ini. Tiga perdana menteri dalam empat tahun! Saya tidak akan pernah membayangkannya walaupun berada dalam politik sejak 30 tahun lalu,” katanya.

Mohd Shafie juga menegaskan, wujud keperluan untuk pengundi memilih pemimpin ‘bersih dan ikhlas’, berbanding yang menggunakan politik agama dan perkauman.

“PAS tiada di Arab Saudi, namun Islam dilindungi sepenuhnya di sana. UMNO bukan di Brunei atau Singapura, namun ada orang Melayu yang makmur di sana. Undi untuk perubahan.

“Malaysia boleh bertahan walaupun Dr Mahathir atau Anwar tiada. Kita teruskan,” katanya.

Mohd Shafie berkata, beliau bertekad bahawa WARISAN boleh menunjukkan prestasi baik dengan seruan perpaduannya.

Pada sidang akhbar selepas acara itu, beliau menjelaskan, WARISAN akan bertanding pada pilihan raya umum secara solo buat masa ini, dengan mendakwa bahawa Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) ‘dibuli’ walaupun mahu menyertai PH.

WARISAN yang kebanyakannya berpangkalan di Sabah merancang bertanding di beberapa negeri pada pilihan raya umum akan datang, seperti di Perlis, Pulau Pinang, Selangor, dan Johor. – The Vibes, 17 September 2022

Sorotan

1

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

2

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

3

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

4

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

5

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rayuan Pendakwaan Terhadap Keputusan Kes Kematian Zulfarhan Didengar 14 Mei

Semasa 1 hari yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

Politik 18 jam yang lalu

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

Semasa 19 jam yang lalu

Operasi Sewa: JPJ Pulau Pinang Sita 22 Kenderaan, Keluar 63 Saman