web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sokongan PAS Terhadap Pemimpin Rasuah Lebih Jijik, Tidak Bermoral 

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2022 9:30PM

Khalid Samad berkata PAS seharusnya menolak amalan menerima tawaran jawatan sebagai habuan sokongan untuk kuasa sepertimana yang berlaku semasa pembentukan kerajaan PN. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menghina Pakatan Harapan (PH) secara berterusan, jelas mempamerkan sikap sebenar parti itu yang sedang lunak mempertahankan pemimpin mengambil rasuah. 

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abd Samad berkata, apatah lagi kenyataan itu dibuat selepas Sarawak Report mempunyai bukti PAS menerima wang daripada UMNO, di samping tindakan pelik Abdul Hadi menarik balik samannya terhadap syarikat media tersebut. 

Menurut beliau, sikap tidak bermoral PAS sebagai parti yang menggunakan nama Islam ‘berkawan’ dan mempertahankan pelaku rasuah, memberikan gambaran salah mengenai kesucian serta ketegasan Islam dalam menjaga harta negara dan kepentingan awam.

Khalid Abd Samad
Khalid Abd Samad

“Islam mengajar umatnya membenci rasuah dan menolak pelaku rasuah. Seharusnya PAS mengambil sikap lebih tegas dalam menolak parti dan kepimpinan parti yang mengamalkan budaya jijik itu seperti UMNO.

“PAS juga seharusnya menolak amalan menerima tawaran jawatan sebagai habuan sokongan untuk kuasa sepertimana yang berlaku semasa pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana ia juga satu bentuk rasuah dan tidak bermoral,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Terdahulu, PAS sekali lagi menegaskan parti itu tidak akan bekerjasama dengan PH, berikutan pengalaman persefahamannya sebelum ini dengan beberapa parti yang ada bersamanya. 

Abdul Hadi berkata, PAS menolak mudarat politik lebih besar dalam PH dan lebih parah kesannya kepada negara yang boleh merobohkan asasnya, sehinggakan boleh mematahkan cabang penting. 

Malah katanya, ia khusus melibatkan hubungan masyarakat majmuk menjadi rapuh, selain menyentuh perkara negatif berkenaan dasar dan konsep negara yang lebih banyak dibandingkan dengan Barisan Nasional (BN).

Dalam pada itu, Khalid berkata, sikap tegas PH terhadap rasuah dibuktikan selepas gabungan itu berjaya membawa pelaku rasuah dalam skandal 1MDB ke muka pengadilan.

Menurut beliau, tindakan terbabit jelas memberi mesej bahawa harta negara dan khazanah awam mesti dipertahankan dengan penuh amanah.

“PH juga sudah menubuhkan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) sebagai sebuah agensi pengukuhan amalan urus tadbir baik dan anti-rasuah. 

“Dalam tempoh singkat GIACC berjaya melaksanakan beberapa inisiatif melawan amalan rasuah dalam pentadbiran negara,” katanya. 

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, rekod cemerlang kerajaan PH dalam melawan rasuah juga dapat dilihat apabila Indek Persepsi Rasuah (IPR) Malaysia pada 2019 merekodkan kenaikan skor tertinggi sebanyak 53 mata, di samping meraih kedudukan pada tangga 51 daripada 180 negara. 

“Manakala semasa PAS menjadi sebahagian dari kerajaan PN pada tahun 2020, Malaysia menerima skor lebih rendah sebanyak 51 mata dengan jatuh kedudukan pada tangga 57. 

“Terkini, ia terus menjunam pada tahun 2021 setelah mendapat skor sebanyak 48 mata dan berada di kedudukan tangga 62 daripada 180 negara terlibat,” katanya. - Getaran, 16 September 2022

Sorotan

1

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

2

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

3

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

5

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

6

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 minit yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran