web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penyatuan Ummah 'Jawapan' Kepada Kegagalan PH - Ulama PAS

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2022 8:59PM

Ahmad Yahya menyeru rakyat menolak PH pada PRU-15 nanti kerana mendakwa gabungan politik itu tidak mempunyai kredibiliti mentadbir kerajaan Persekutuan dan negeri. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dewan Ulama PAS mendakwa gagasan Penyatuan Ummah adalah jawapan kepada ‘kegagalan’ pentadbiran Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan sebelum ini. 

Ketuanya, Datuk Ahmad Yahya berkata, pihaknya berpandangan sudah tiba masa rakyat memberi sokongan kepada gagasan Penyatuan Ummah. 

“Gagasan Penyatuan Ummah mengutamakan prinsip bersatu padu dalam kalangan rakyat, selain teguh mempertahankan nilai agama, budaya dan warisan sejarah negara ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Justeru, Ahmad menyeru rakyat menolak PH pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kerana mendakwa gabungan politik itu tidak mempunyai kredibiliti mentadbir kerajaan Persekutuan dan negeri. 

Beliau berkata, ini dapat dilihat dengan kegagalan pemerintahan PH sepanjang 22 bulan pasca PRU-14.

Menurutnya, PH didakwa membelakangkan janji manifesto dengan alasan ia bukan sebuah ‘kitab suci’. 

“Lebih malang lagi, pemerintahan PH juga menjadi lubuk kepada pengaruh golongan liberal dan sekular bertapak, seterusnya mendorong penggubalan dasar negara yang tempang,” katanya. 

Tambahan, dakwa Ahmad, meskipun pemerintahan PH cuba menampilkan imej pentadbiran bersih, ironinya mereka sanggup merelakan pemimpin didakwa kes rasuah dan salah laku supaya dihentikan dakwaan di mahkamah dengan proses representasi. 

Beliau menambah, ini tidak membaiki keadaan, malah semakin meruncing ibarat ‘tikus membaiki labu’. 

“Sesungguhnya budaya bawaan PH tidak sesuai kepada rakyat Malaysia yang inginkan kestabilan dan kesejahteraan. Kita tidak rela ‘pisang berbuah dua kali’. 

“Oleh itu, tiada lagi kata dua. Kuburkan PH dan berikan mandat kepada gagasan Penyatuan Ummah,” katanya. - Getaran, 16 September 2022

Sorotan

1

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

2

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

3

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

5

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

6

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 minit yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad