Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


PRU Awal Bukan ‘Penawar’ Kepada Ketidaktentuan Politik: Penganalisis

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2022 5:15PM

Ketidaktentuan politik negara tidak dapat diselesaikan dengan menyegerakan PRU-15 sebelum tamat penggal Parlimen pada tahun depan. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN – Ketidaktentuan politik negara ketika ini tidak dapat diselesaikan dengan menyegerakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sebelum tamat penggal Parlimen pada tahun depan.

Ia kerana tiada gabungan mempunyai kekuatan secukupnya untuk meraih kemenangan dengan kelebihan meyakinkan, menurut ahli akademik.

Menerusi penilaian terbabit, Profesor Madya Azeem Fazwan Ahmad Farouk dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, seseorang itu tidak seharusnya terpedaya dengan kemenangan Barisan Nasional (BN) dan sekutunya pada pilihan raya negeri di Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak, baru-baru ini.

Di sebalik perkembangan mengagumkan itu, katanya, hujah utama adalah kemenangan demi kemenangan terbabit berlaku semasa wabak, iaitu di kala peratusan keluar mengundi rendah berbanding sebelum ini.

Azeem yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa USM memberitahu, pengundi tidak dapat keluar mengundi atas isu melanda negara ketika itu, di samping dibelenggu COVID-19.

Bagaimanapun, katanya, ramalan itu berbeza jika dilihat kepada perspektif pilihan raya umum dan pengundi terbabit mungkin lebih bermotivasi untuk membuang undi mereka sekarang.

“Dengan kelulusan undang-undang untuk mengharamkan lompat parti dan keadaan pandemik berubah menjadi endemik, lebih ramai pengundi mungkin cenderung untuk mengundi.

“Pelaksanaan dasar Undi18 yang menurunkan had umur minimum mengundi daripada 21 kepada 18 tahun juga merupakan faktor baharu yang perlu dipertimbangkan parti,” tambahnya.

Azeem menegaskan, terdapat defisit kepercayaan dalam kalangan orang ramai disebabkan penyalahgunaan media sosial oleh pihak yang lebih berminat untuk memperjuangkan survival politik mereka, berbanding kesejahteraan negara.

Sebilangan besar rakyat Malaysia sudah hilang kepercayaan terhadap pemimpin dipilih disebabkan ahli politik yang bertanding dilihat ‘dicemari’ dengan sikap buruk dalam keadaan tertentu.

“Dalam usaha untuk memenangi undi, ahli politik mencaci pesaing mereka sehingga satu tahap kepercayaan hilang,” kata Azeem menerusi temu bual.

Azeem juga memberi amaran bahawa dalam beberapa bulan akan datang, ekonomi bakal diuji dengan teruk walaupun terdapat laporan pertumbuhan berterusan.

“Ekonomi global mungkin memberi kesan kepada kita. Gangguan kepada rantaian bekalan berterusan dan kejatuhan ringgit kita menjadikan import lebih mahal.

“Walaupun sektor pelancongan menyaksikan pemulihan, ini disebabkan orang ramai ingin melakukan perjalanan susulan sekatan pergerakan kira-kira dua tahun sebelum ini,” katanya.

Menegaskan bahawa Malaysia tidak mempunyai masa untuk mengubah keadaan itu, tindakan tegas diperlukan untuk mengatasi kesan global berkenaan gangguan terhadap rantaian bekalan, inflasi dan keseluruhan kos sara hidup yang meningkat.

“Konflik seperti di Timur Tengah dan Ukraine juga membawa kesukaran yang memberi kesan kepada kita. Kemudian, terdapat keadaan tertentu akibat perubahan iklim.

“Kadar bencana alam adalah tinggi. Dulu kita terhindar daripada bencana besar, tetapi tidak lagi. Lihatlah banjir di Selangor dan sekarang aliran lumpur di Baling. Ini menyebabkan kerajaan kerugian sehingga RM80 juta dalam mengurangkan krisis cuaca,” katanya.

Sejak 2018, tambahnya, sebanyak 80 peratus bajet fiskal kerajaan tertumpu kepada perbelanjaan operasi, manakala hanya 20 peratus difokuskan kepada pembangunan.

“Masa tidak lagi menyebelahi kita. Jadi, kerajaan akan datang memerlukan sokongan dan pengorbanan untuk memastikan negara bersedia menghadapi cabaran masa depan,” katanya. – The Vibes, 16 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Isu Berkaitan LTAT, Usaha Lindungi Undang-Undang Syariah Jadi Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Ikrar Rukun Negara Dilafaz Secara Penuh Di Dewan Rakyat Hari Ini

4

Politik 1 bulan yang lalu

DAP Menjunjung Titah Agong Untuk Lakukan Yang Terbaik Perkukuh Kestabilan Politik

Sorotan

1

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

2

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

3

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

4

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

5

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Anak Perempuan KPD Lahad Datu Ditemui Maut, Berlumuran Darah Dalam Bilik

Politik 14 jam yang lalu

Mahir Merancang Ekonomi, Prestasi Amirudin Beri Kelebihan Untuk PH Kuasai KKB

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Buat Kenyataan Berunsur Fitnah, Aliff Syukri Disaman RM70 Juta

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 jam yang lalu

Orang Ramai Perlu Berani Lapor Kes Dera – Nancy