web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BN Boleh Cuba Tapi Memang Sukar Tawan Pulau Pinang - Penganalisis

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2022 9:55AM

Penganalisis politik berpendapat tidak salah bagi BN membuat perancangan menggerakkan jentera pilihan raya untuk menumpukan perhatian di Pulau Pinang namun negeri itu tetap menjadi antara kubu kuat PH - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - ‘Barisan Nasional (BN) sukar meraih kemenangan di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) memandangkan negeri berkenaan adalah kubu kuat Pakatan Harapan (PH)’

Itu pandangan penganalisis politik Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi mengenai potensi BN untuk menakluk Pulau Mutiara berkenaan.

Bagaimanapun beliau berkata, tidak salah bagi BN membuat perancangan menggerakkan jentera pilihan raya untuk menumpukan perhatian di negeri berkenaan.

“Setakat ini PH dijangka kekal menang pada PRU-15 di Pulau Pinang dan ia terus menjadi antara kubu kuat PH,” katanya ketika dihubungi.

Dr Awang Azman Awang Pawi
Dr Awang Azman Awang Pawi

Ditanya berhubung apa perkara dimahukan rakyat Pulau Pinang ketika ini, Awang Azman memberitahu, sudah tentu mereka menginginkan ekonomi lebih baik.

“Rakyat Pulau Pinang juga tentu mahukan peluang pekerjaan dan gaji lebih baik, di samping harga rumah tidak terlalu mahal,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini, bahawa semangat ditunjukkan BN Pulau Pinang membuktikan gabungan politik terbabit sudah bersedia menawan semula hati rakyat di negeri berkenaan.

Ismail Sabri memberitahu, semangat tersebut diperlihatkan semasa pertemuan dengan anggota BN Pulau Pinang pada Isnin lalu, bagi mengukuhkan silaturrahim bersama pemimpin dan jentera parti untuk menghadapi PRU-15.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong berkata, Perdana Menteri tidak memahami jiwa rakyat Pulau Pinang.

Steven Sim Chee Keong
Steven Sim Chee Keong

Steven turut menggariskan lima sebab kenapa beliau berpandangan sedemikian, iaitu pertama, penduduk negeri berkenaan tidak sanggup menerima ‘parti kleptokrat’.

“Dulu (mantan Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak sampai bawa artis Korea, Psy konon nak tawan hati orang Pulau Pinang, tapi kami bukan mudah dibeli dengan janji roti capati,” katanya.

Sebab kedua, katanya, rakyat Pulau Pinang tidak akan lupa ‘jasa’ BN mensabotaj negeri berkenaan selama dua tahun dengan membatalkan projek penting, antaranya menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang bernilai RM800 juta dan projek kereta kabel Bukit Bendera bernilai RM100 juta.

 

PM langsung tak faham jiwa kami oghang Penang. Mai saya habaq: - Pertama, oghang Pulau Pinang tak sanggup terima...

Posted by Steven Sim Chee Keong 沈志强 on Wednesday, September 14, 2022

“Ketiga, orang Pulau Pinang menolak parti pengkhianat terlibat dalam Langkah Sheraton yang jahat dan mencuri mandat rakyat.

“Keempat, orang Pulau Pinang tidak akan menerima kerajaan gagal yang menyebabkan angka kematian tinggi semasa pandemik COVID-19, serta gagal mengurus ekonomi. Kesan kerajaan gagal ini, masih dirasai sehingga kini,” katanya.

Sebab terakhir jelas Steven, rakyat Pulau Pinang tidak akan menerima parti politik sempit yang hanya menjaga kaum kerabat sendiri.

“Sebagai negeri berbilang bangsa kami menolak rasisme, ekstremisme agama dan mendukung kemajmukan yang menjadi tunggak kemajuan negeri kami.

“Cukuplah Ismail Sabri, jangan buat ranjau kat sini,” katanya. - Getaran, 16 September 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 23 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95