Berita Terkini

23 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Krisis Ekonomi Tidak Berlaku Walau Ringgit Merudum, Menteri Cuba Cipta Sandiwara

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2022 6:12PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dakwaan Malaysia tidak mengalami krisis ekonomi meskipun nilai ringgit merudum berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hanyalah satu sandiwara politik yang cuba dimainkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Lee Chean Chung berkata, pemimpin itu hanya tertumpu kepada beberapa petunjuk positif ekonomi terkini tetapi tidak memperjelas kelemahan struktur ekonomi yang kian meruncing.

Lee Chean Chung
Lee Chean Chung

Menurut beliau, kehidupan rakyat kini jauh lebih susah berbanding 20 tahun lalu, malah lepasan universiti tidak mendapat pekerjaan dan gaji yang setimpal dengan usaha mereka.

“Sekarang saya tidak pasti siapa yang cuba mempolitikkan isu ini. Ringgit Malaysia (RM) sudah jatuh ke satu paras yang tidak pernah dilihat dalam tempoh 24 tahun dan trend penurunan ini sudah berterusan selama 20 tahun berbanding mata wang utama yang lain.

“Bukankah keraguan rakyat ini wajar dan memerlukan penjelasan serta jalan penyelesaian. Saya mencabar Tengku Zafrul berikan penjelasan sekiranya kejatuhan nilai mata wang RM baik untuk rakyat,” katanya hari ini.

Chean Chung berkata, menteri itu pada masa sama perlu menjelaskan punca kemerosotan RM secara berterusan sejak 20 tahun lalu berbanding nilai mata wang utama dunia yang lain.

“Jelaskan juga mengapa pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia tidak meningkat semenjak 1998,” katanya.

Terdahulu, Tengku Zafrul menerusi video di aplikasi TikTok menegaskan prestasi ringgit harus dilihat secara menyeluruh dan tidak hanya dibandingkan dengan dolar AS kerana mata wang tempatan itu juga meningkat berbanding banyak mata wang utama lain di dunia.

Tengku Zafrul
Tengku Zafrul

Tengku Zafrul berkata, ringgit menyusut sebanyak 7.5 peratus berbanding dolar AS sejak awal 2022, namun mata wang serantau dan negara maju lain juga turut mencatatkan penurunan yang sama.

Katanya, meskipun semua negara tersebut turut mengalami penurunan nilai mata wang berbanding dolar AS, namun ia tidak mengalami krisis ekonomi termasuk di Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun.

“Jika dibandingkan dengan rakan dagang Malaysia dan mata wang lain, nilai ringgit telah meningkat,” katanya.

Dalam pada itu, Chean Chung berkata, tindakan terbabit memberi petunjuk bahawa Tengku Zafrul ‘syok sendiri’ kerana beranggapan pengeksport gembira dengan penurunan RM, kononnya barangan mereka menjadi lebih kompetitif.

“Memang masuk akal bahawa beliau yang rapat dengan dunia korporat tumpang gembira dengan pengeksport besar, tetapi beliau lupa bahawa jutaan rakyat terpaksa menanggung kos makanan yang makin tinggi.

“Pada bulan Ogos 2022, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menjangka nilai import makanan Malaysia naik lebih tinggi tahun ini. Dalam keadaan RM makin menguncup, hampir pasti susu, tepung gandum, daging lembu, bahkan ubi kentang menjadi lebih mahal buat rakyat biasa,” katanya.

Mengulas lanjut, Chean Chung yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu berkata, tindakan tersebut membuktikan Menteri Kewangan itu mengelirukan rakyat.

“Kalau kejatuhan nilai mata wang sesebuah negara adalah sesuatu yang baik, sepatutnya si pengeksport di Sri Lanka, Zimbabwe dan Sudan Selatan menjadi orang paling gembira di dunia ini namun tentunya mereka tidak gembira sangat.

“Ini adalah kerana pengeksport perlu membeli barangan input untuk diproses dengan harga lebih tinggi. Misalnya kilang yang menghasilkan TV di Malaysia perlu membeli chip komputer dan skrin dari negara luar dengan US Dollar. Maka keuntungan mereka juga terjejas,” katanya.

Pada masa sama, Chean Chung berkata, pekerja asing berkemahiran tinggi akan meminta kenaikan gaji atau akan meninggalkan Malaysia kerana julat pendapatan semakin mengecil.

Jelasnya, kelemahan dan kemerosotan nilai mata wang secara berterusan akan memaksa pelabur asing keluar dari Malaysia dengan serta merta.

“Siapakah yang berminat untuk datang ke Malaysia sekiranya aset mereka makin mengecil saban tahun?

“Perkara yang berlaku di Sri Lanka, Zimbabwe dan Sudan harus dijadikan iktibar pemimpin Malaysia, dan bukan sesuatu yang dibanggakan,” katanya. - Getaran, 14 September 2022

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 1 bulan yang lalu

 Malaysia Ratifikasi Perjanjian WTO Mengenai Subsidi Perikanan

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia Perlu Ambil Risiko Terhitung, Tempa Masa Depan Ekonomi Baharu - Tengku Zafrul

3

Ekonomi 9 bulan yang lalu

Tidak Ada Hasrat Tamatkan Sistem AP Secara Berperingkat - Tengku Zafrul

4

Ekonomi 10 bulan yang lalu

Sekretariat UMNO Bantu Usahawan, Peniaga Demi Perkasa Ekonomi Bumiputera

Sorotan

1

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

2

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

3

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

4

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

5

Stoking Tertera Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi Batal Hukuman, Sabitan Terhadap Juruteknik 

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

Pendidikan 1 hari yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

Semasa 4 jam yang lalu

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Beberapa Kawasan Di Subang, Sungai Buloh Dilanda Banjir