web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


TOP 5 Belum Bincang Tarikh Pilihan Raya - PM

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2022 2:06PM

Ismail Sabri (empat, kiri) bergambar bersama sebahagian wakil masyarakat pada majlis penyampaian peruntukan masyarakat Cina dan India Parlimen Bera hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BERA - Tarikh pilihan raya umum ke-15 (PRU15) hanya akan ditentukan selepas perbincangan antara ‘Top Five’ dalam UMNO diadakan, sebelum dibawa ke Kabinet untuk kelulusan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selepas perbincangan itu, tarikh dipersetujui akan dibincangkan dengan MCA dan MIC serta parti komponen Barisan Nasional yang lain.

Katanya, mengikut Perlembagaan Persekutuan perkara itu akan dibawa ke Kabinet untuk diluluskan, sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mendapatkan perkenan pembubaran Parlimen.

“Kita belum bincang di peringkat ‘Top 5’ UMNO, kita belum bincang lagi tarikh dan selepas kita (selesai) bincang, saya akan bincang dengan MCA, MIC serta komponen yang lain.

“Lepas itu barulah, perlulah juga dibawa ke Kabinet sebab di dalam Perlembagaan, mesti dengan kelulusan Kabinet sebelum saya menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen, jadi prosedur itu perlu dipatuhi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyampaian Peruntukan Masyarakat Cina dan India Parlimen Bera 2022 di Dewan Kompleks UMNO di Padang Luas, dekat sini, hari ini.

Pemimpin ‘Top 5’ UMNO adalah Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dan tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mahdzir Khalid, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Perdana Menteri sendiri.

Ismail Sabri turut meminta semua pimpinan MCA dan MIC Bahagian Bera untuk memperkemaskan jentera masing-masing memandangkan tarikh PRU15 sudah semakin hampir.

Katanya, persediaan itu perlu dilakukan segera bagi memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya umum akan datang.

“Kita apabila masuk gelanggang, mestilah untuk menang, tidak ada yang mahu kalah apabila bertanding.

“Jadi, kalau nak menang, sebagai pemimpin parti, menjadi tanggungjawab kita untuk membuat persediaan,” katanya. - Getaran, 11 September 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 4 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad