web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perpecahan Parti Dalam Pembangkang Merugikan, Semua Perlu Disatukan Hadapi Musuh

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2022 8:22PM

Pertandingan tiga penjuru dilihat sebagai situasi tidak dapat dielakkan pada PRU-15 dan sebarang perpecahan dalam kalangan parti pembangkang hanya akan merugikan. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pertandingan tiga penjuru dilihat sebagai situasi tidak dapat dielakkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan sebarang perpecahan dalam kalangan parti pembangkang hanya akan merugikan blok tersebut.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Samad berkata, komponen pembangkang wajar disatukan di bawah Pakatan Harapan (PH) untuk menghadapi Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada PRU-15.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam mengambil contoh perpecahan  pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum ini,  yang menyaksikan terdapat calon PH kalah dengan 200 undi manakala calon Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) mendapat 200 undi, sekali gus merugikan blok pembangkang.

Menurutnya, cadangan penyertaan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dalam PH adalah dialu-alukan dan parti pembangkang lain diharapkan turut mengikut langkah mereka.

"Kita mengalu-alukan penyertaan parti pembangkang lain dalam satu gagasan untuk menghadapi PN dan BN. Bagi mengenali pembangkang adalah amat mudah, kalau lihat di Parlimen, parti pembangkang jelas, parti kerajaan jelas.

"Kalau kita lihat dalam Parlimen, MUDA bersama PH, WARISAN bersama PH, PEJUANG bersama PH, kita semua pembangkang. Kita hadapi BN dan PN, mereka adalah kerajaan.

"Bagi AMANAH, matlamat untuk mencapai kemenangan pada PRU15 adalah bagi melaksanakan corak tadbir urus yang baik, tatakelola yang berkesan serta bersih untuk mmbangunkan negara kita," katanya dalam sidang media hari ini.

Khalid menambah, garis panduan untuk menerima kerjasama menghadapi PRU15 adalah jelas iaitu, mana-mana pemimpin atau parti yang melompat tidak akan diterima.

Jelasnya, AMANAH tidak boleh menerima PN yang dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) atau PAS sebagai rakan dalam menghadapi BN.

"PAS kata no to PH (tidak kepada PH) kerana ada DAP dan sebagainya, tetapi BERSATU hendak bekerjasama dengan PH. PAS pula hendak kerjasama dengan BN.

"Bagi AMANAH, kita tidak boleh menerima PN iaitu BERSATU atau PAS sebagai rakan dalam menghadapi BN. Ini kerana BERSATU khususnya, telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka boleh lompat dan tindakan lompat itu adalah tidak salah.

"Jadi kalau kita kerjasama dengan mereka, bagaimana mereka boleh jamin bahawa mereka akan kekal bersama setelah kita membantu mereka untuk menang?" soalnya.

Ditanya berhubung kenyataan gabungan Gerakan Tanah Air (GTA), yang diketuai PEJUANG untuk bertanding 120 kerusi pada PRU15, Khalid menjelaskan, situasi itu adalah sekiranya tiada perundingan antara parti-parti pembangkang.

"Untuk mengelak keadaan itu, maka kita kenalah berunding. Mereka memberi kita amaran (fair warning), kalau tidak berunding dan tidak mahu kerjasama, maka inilah yang akan berlaku. Yang rugi kemungkinan kita.

"Betul, dia (GTA) bertanding, dia akan mengambil undi dari UMNO, BERSATU dan PAS, dia tidak akan dapat dari undi PH tetapi undi tersebut adalah bersendirian. Ia tidak akan ditambah dalam undi yang ada pada PH.

"Maka walaupun ia baik kerana kurangkan undi UMNO, BERSATU dan PAS serta memberi platform alternatif kepada undi Melayu, ia baik tetapi mungkin tidak cukup baik kerana undi perlu ditambah kepada PH untuk kalahkan BN dan PN," katanya. - Getaran, 10 September 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Kampung Sungai Baru: Kerajaan Jangan Tutup Mata – Khalid Samad

3

Sukan 1 tahun yang lalu

KL City Mungkin 'Tutup Kedai' Jika Isu Tunggakan Gaji Berterusan – Khalid Samad 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 4 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad