web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penyertaan MUDA Dalam PH Bawa Kepada ‘Khemah Besar’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2022 6:53PM

Gabungan MUDA dan PH membawa kepada gabungan ‘khemah besar’ dalam menghadapi BN pada PRU-15. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hasrat parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) untuk bersama Pakatan Harapan (PH) masih tidak jelas, namun ia membawa kepada gabungan ‘khemah besar’ dalam menghadapi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy berkata, beliau tidak melihat sebarang masalah untuk MUDA mengadakan gabungan bersama PH bagi menghadapi pilihan raya dalam masa terdekat ini.

Menurutnya, jika gabungan tersebut berjaya, tidak menjadi masalah untuk MUDA menyertai PH selepas pilihan raya berakhir.

“Persoalannya adalah bukan mengenai keahlian (MUDA dalam PH) sebaliknya kerjasama untuk mengalahkan gabungan BN,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Beliau yang juga ahli DAP itu berkata, kebolehan MUDA untuk menarik golongan belia menyokong mereka kelihatan sangat mustahil.

Malah menurutnya, prestasi MUDA untuk mengukuhkan sokongan terhadap golongan berusia antara 18 hingga 21 tahun juga adalah tidak memberangsangkan.

“Namun tiada salahnya PH berbincang secara terbuka sama ada menerima atau menolak MUDA untuk menghadapi PRU.

“Adalah lebih pratikal untuk memiliki lebih ramai ahli gabungan untuk menghadapi PRU15 daripada sebaliknya yang hanya terhad untuk ahli PH sahaja,“ katanya.

Bagaimanapun, Ramasamy berpendapat PKR akan menjadi batu penghalang terbesar dalam membawa MUDA dalam gabungan tersebut.

“Mungkin dulu (Pilihan Raya Negeri Johor) PKR ada merasakan MUDA akan lebih ke depan dalam menarik minat orang Melayu terutamanya golongan belia.

“Namun ia telah terbukti tidak benar, jadi hasrat MUDA untuk menyertai PH memerlukan kemurahan hati pemimpin PKR,” katanya.

Beliau berkata, PRN Melaka dan Johor membuktikan bahawa PKR hilang undi orang Melayu yang sebelum ini mengundi mereka apabila golongan tersebut beralih menyokong Perikatan Nasional (PN).

“Secara prinsipnya, parti yang tidak bersama BN dan PN boleh dibawa masuk ke gabungan PH.

“Walaupun (Presiden MUDA) Syed Saddiq (Abd Rahman) menimbulkan rasa tidak senang dalam kepimpinan PH namun ia masih berbaloi untuk bekerjasama dengan MUDA,” katanya. - Getaran, 10 September 2022

Berita Berkaitan

1

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Parti Buruh Britain Dijangka Menang Pilihan Raya

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Parti Modi Gagal Peroleh Majoriti Mudah Setakat Ini

4

Politik 2 tahun yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad