web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Takiyuddin Tunjuk Kad Undangan Hadiri Muktamar Kepada Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2022 3:39PM

Takiyuddin (dua dari kiri) menunjukkan kad undangan kepada Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi untuk menghadiri Muktamar Tahunan Pas Ke-68 di telefon pintarnya, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan akhirnya menunjukkan kad undangan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menghadiri muktamar tahunan parti itu yang berlangsung selama dua hari sejak semalam.

Tindakan itu dibuat setelah UMNO Kedah melalui pengerusinya, Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam, menafikan menerima jemputan tersebut.

Menurut Takiyuddin, undangan itu turut ‘dipanjangkan’ kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

“Saya ini peguam dan disebabkan itu, saya sentiasa ada bukti bila bercakap. Saya boleh tunjuk jemputan yang dipanjangkan kepada UMNO untuk pastikan jemputan tersebut dikemukakan.

“Undangan ini kita hantar terus ke pejabat selain membuat jemputan secara dalam talian. Kita jemput tetapi kalau tak boleh hadir nak buat macam mana? Kita tak ada masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Penghijauan Malaysia, Kempen Penanaman Pokok Bersama Komuniti Kota Sarang Semut di laluan berhampiran Kompleks PAS Kedah di sini, hari ini.

Selain menunjukkan kad jemputan dihantar kepada Ahmad Zahid, Takiyuddin turut menunjukkan kad undangan kepada  Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran di telefon pintarnya.

Jamil Khir semalam menempelak Takiyuddin kerana didakwa mengeluarkan kenyataan tidak benar kononnya telah menjemput UMNO Kedah bagi hadir ke muktamar itu.

Selain itu Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin turut menggesa agar Takiyuddin memohon maaf berhubung kenyataannya itu.

Takiyuddin menambah, beliau tidak mempunyai masalah untuk memberitahu nama pegawai yang menerima undangan tersebut di pejabat UMNO.

“Ada dua perkara berbeza iaitu kita menghantar jemputan dan jemputan itu diterima orang berkenaan.

“Biasanya kita hantar ke pejabat dan kita anggap sampailah kepada individu terlibat namun pihak kami tidak menerima sebarang balasan daripada mereka,” katanya.

Ditanya mengenai undangan kepada UMNO Kedah, Takiyuddin berkata undangan tersebut tidak dibuat melalui pejabatnya sebaliknya diuruskan oleh PAS Kedah.

Dalam pada itu Ketua Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, Zulkifli Yahaya di laman Facebooknya mendakwa, beliau merupakan individu yang menyerahkan kad undangan untuk UMNO Kedah kepada Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Suraya Yaacob pada 30 Ogos lalu.

“Saya serah sendiri kepadanya yang merupakan satu-satunya exco dari UMNO di pejabat beliau pada 30 Ogos 2022.

“Saya minta beliau datang tetapi Datuk Suraya cuma ‘ghenyeh’ (senyum) tanpa jawab apa-apa pun,” katanya. - Getaran 4 September 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 1 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 5 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka  Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad