web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Saya Tak Tahulah Beliau Berunding Dengan Siapa Tetapi…' - Mohamad Hasan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2022 7:13AM

Mohamad Hasan berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) setakat ini sudah membuat keputusan untuk bertanding secara solo pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

REMBAU - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan, tiada sebarang rundingan diadakan antara mana-mana pemimpin UMNO dengan PAS ketika ini, seperti didakwa Presiden parti itu, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) setakat ini sudah membuat keputusan untuk bertanding secara solo pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Tidak tahulah beliau berunding dengan siapa tetapi dengan saya memang tiadalah. Janganlah kita mahu mengadu domba parti orang lain, jaga parti sendiri. Saya jaga parti saya, beliau jaga parti beliau.

“Apa sahaja perundingan, mesti telus, jangan berunding dalam gelap, tidak boleh begitu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Semarak Merdeka di Kuala Sawah, Rantau di sini.

Media semalam melaporkan, Abdul Hadi berkata, pintu rundingan antara PAS dan UMNO menerusi Muafakat Nasional (MN) sentiasa terbuka serta masih berjalan ketika ini, melibatkan pimpinan dan ahli akar umbi kedua-dua parti.

Mohamad memaklumkan, beliau juga tidak mengetahui sekiranya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi mengutuskan mana-mana pemimpin parti itu untuk berunding dengan PAS.

“Jadi tiada pula dengar parti ataupun Presiden pernah bercakap mengutuskan (mana-mana pemimpin parti) mewakili UMNO berunding dengan PAS.

“Setakat hari ini saya tidak tahu, boleh jadi ada tetapi saya tidak tahu. Setakat ini yang saya tahu sebagai Timbalan Presiden, saya tidak pernah dengar Presiden berbuat demikian...mengutus wakil khas untuk berunding,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 5 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka  Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran