web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Perlu Fokus Siasatan Skandal LCS, Bukan Terhad Kepada Isteri Abdul Latiff

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2022 5:50PM

Rafizi bercakap kepada media sebelum sebelum memberi keterangan di IPD Sentul hari ini. - Gambar oleh Sonia Randhawa

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa tidak seharusnya mengehadkan siasatan skandal projek Kapal Tempur Persisir (LCS) membabitkan ‘isteri’ Datuk Seri Abdul Latiff Ahmad semata-mata, sebaliknya ke mana wang berbilion ringgit itu dibelanjakan.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau berharap siasatan sama perlu dilakukan susulan laporan polis dibuat Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir terhadap pembabitan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) itu dalam skandal berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sebelum memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini, hari ini berhubung dakwaannya mengaitkan Abdul Latiff dengan seorang wanita dikenali Zainah Mohd Salleh.

Ia berikutan satu laporan polis dibuat pegawai kepada menteri terbabit, Sayed Ahmad Muizzuddin Al Sayed Mohamad, yang menuntut tindakan tegas perlu diambil terhadap mantan Ahli Parlimen Pandan itu.

“Saya hormat kepada pihak berkuasa yang hanya menjalankan tugas mereka.

“Tetapi saya berharap polis mengimbangi laporan antara Abdul Latiff (terhadap saya), yang hanya memberi fokus mengenai isterinya, Zainab dan isu keseluruhan membabitkan rakyat, membabitkan wang berbilion ringgi yang diseleweng.

“Ada dua laporan sama. Kami berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan serupa, bagaimana isu ini (Zainab) dikendalikan ketika Abdul Latiff membuat laporannya.

“Apa pun, lebih RM1 bilion disahkan hilang berdasarkan penemuan laporan audit forensik. Ia bukannya dokumen saya tetapi dokumen kerajaan yang disemak Kabinet,” katanya.

Rafizi sebelum ini mendakwa Zainab, wanita yang dikaitkan dalam laporan forensik LCS, dituduh menyeleweng jutaan peruntukan projek itu adalah isteri kepada Abdul Latiff.

Menjawab tindakan Abdul Latiff yang berterusan menafikan perkara itu, pemimpin PKR terbabit menegaskan, kenyataannya dibuat berdasarkan laporan forensik yang dinyahklasifikasikan kerajaan.

Rafizi turut menegaskan bahawa penting bagi pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung penyelewengan dana itu kerana tindakan terbabit berupaya mendedahkan elemen jenayah.

Beliau juga menyamakan kes LCS dengan skandal berskala mega, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), bahawa setiap salah laku dalam syarikat pelaburan negara itu hanya dikesan sebaik sahaja siasatan dijalankan.

“Apa sahaja prosesnya, saya berharap ini sebagai permulaan kepada siasatan yang lebih besar oleh semua pihak berkuasa, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kita sudah melalui proses sama dengan 1MDB. Pada permulaannya sudah tentu tiada apa-apa. Tetapi selepas siasatan dimulakan, pihak berkuasa berhasil menemui jejak kewangan dan sebagainya.

“Jadi sepanjang proses itu, persoalan membabitkan Zainab akan dijawab. Apa yang saya boleh katakan ialah kami sudah menjalankan siasatan latar belakang yang secukupnya sebelum mengambil keputusan mendedahkannya kepada umum,” katanya.

Dalam isu berasingan, Rafizi berkata, beliau akan menjawab dakwaan UMNO kononnya beliau mengelak daripada mendedahkan isu berkaitan projek terowong dasar laut Pulau Pinang minggu depan.

Beliau yang sebelum ini mahu menjawab segala persoalan berkaitan isu itu semalam, mendakwa terpaksa menundanya kerana terlalu sibuk dengan perkara lain, termasuk memberi keutamaan kepada skandal LCS.

“Media tahu berapa lama untuk membuat kerja ini. Apabila polis meminta kes ini (LCS) disegerakan dan kerana kesibukan saya, saya terpaksa menangguhkan respon saya terhadap UMNO.

“Kalau saya cakap saya akan jawab, bermakna saya akan jawab. Tetapi keutamaan adalah LCS. Kami menangguhkan (projek terowong bawah laut) ke minggu depan.”

Khamis lalu, Rafizi berkata, UMNO cuba mengalihkan perhatian kepada projek terowong terbabit selepas ia gagal menjawab beberapa pendedahannya termasuk skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA dan LCS.

“Mereka boleh menjawab hal ini, namun kini mereka sibuk bertanya kenapa saya tidak mendedahkan isu terowong dasar laut Pulau Pinang. Saya akan jawab esok (Jumaat)," katanya.

Projek itu membabitkan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, yang dituduh menyalahgunakan kuasanya semasa menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang dan Pengerusi Jawatankuasa Tender, Penang Development Corp. - The Vibes, September 3, 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion: Rafizi Hadir Ke SPRM, Serah Dokumen 28 Muka Surat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

3

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

4

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 23 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM