web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: PN Sedia Terima Keputusan Tolak PH

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2022 2:48PM

Abdul Hadi Awang (kanan) bersama Muhyiddin Mohd Yassin (tengah) dan Tuan Ibrahim Tuan Man (kiri) ketika hadir pada Muktamar Tahunan PAS Ke-68 di Kompleks PAS Kedah hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Perikatan Nasional (PN) bersedia menerima apa sahaja keputusan pimpinan gabungan parti itu termasuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ini kerana pihaknya bersifat terbuka serta mengambil kira pendirian PAS sebagai parti komponen PN yang tidak mahu kerjasama dengan PH pada pilihan raya berkenaan.

Beliau yang juga Presiden Bersatu berkata malah sekiranya keadaan itu berlaku, PN sudah bersedia untuk menghadapi kebarangkalian pertembungan tiga penjuru atau lebih daripada itu, pada PRU15.

“Perkara itu (PAS tolak kerjasama dengan PH) untuk kami nak menunjukkan sikap keterbukaan tetapi apapun kami faham hakikatnya kemungkinan mereka (PAS) tidak setuju tetapi apapun situasi, PN ada pendirian dan apa keputusan yang kami akan buat ataupun telah dibuat adalah berdasarkan musyawarah secara bersama. 

“Oleh itu, apa pun situasi atau keadaan, kami akan terima. Kemungkinan besar pilihan raya ini akan melihat pertembungan tiga penjuru atau empat penjuru namun kami sudah bersedia,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-68 disempurnakan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata malah PN mempunyai strategi tertentu untuk memastikan kejayaan bagi gabungan parti itu dalam PRU15 nanti.

Sebelum ini, Muhyiddin dilapor berkata idea kerjasama PN dengan pembangkang disuarakan kerana mahu menyelamatkan negara agar tidak terus terjerumus ke dalam kancah kleptokrasi, rasuah dan salah guna kuasa dan berpendapat kepentingan negara lebih penting berbanding kepentingan parti.

Mengenai cadangan penggunaan logo PAS di Kelantan, Terengganu dan Kedah pada PRU15, beliau berkata perkara itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang dijangka diadakan minggu depan.

“Kemungkinan ada strategi tertentu yang sesuai dan kami akan ambil kira. Jadi kalau itulah usul yang dikemukakan, apapun keputusan akan dibuat oleh Mesyuarat Majlis Tertinggi PN,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad