web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulama PAS Cadang Larang Individu Didakwa Di Mahkamah Bertanding Pilihan Raya

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2022 1:18PM

Cadangan menetapkan setiap syarat kelayakan itu bagi memperkasa integriti calon dan parti politik yang bertanding dalam pilihan raya - Gambar Fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

YAN -  Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) mencadangkan kerajaan agar mengetatkan syarat kelayakan calon bertanding bagi mana-mana pilihan raya termasuk melarang individu sedang dalam perbicaraan mahkamah berkaitan kes salah laku, penyelewengan dan rasuah.

Ketua DUPP Datuk Ahmad Yahaya berkata DUPP berpandangan bahawa individu berkenaan tidak wajar diberi peluang untuk bertanding kerana bimbang mereka akan menyalahgunakan kedudukan untuk mengelak daripada dikenakan tindakan sekiranya memenangi pilihan raya.

“Dalam aspek ini, kita mengharapkan agar kes-kes melibatkan rasuah dan salah laku pemimpin parti politik dapat disegerakan perbicaraannya di mahkamah supaya proses pembersihan pemimpin politik dapat dilakukan dengan efektif.

“Kita semua perlu mengangkat semula maruah demokrasi dalam negara selaras dengan prinsip Islam,” katanya ketika berucap pada Muktamar DUPP sempena Muktamar Tahunan PAS ke-68 di Dewan Serbaguna Guar Chempedak, di sini hari ini.

Turut hadir Mursyidul Am PAS Datuk Hashim Jasin dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Awang Hashim.

Ahmad berkata individu yang pernah mengeluarkan kenyataan menggugat keharmonian negara serta mempertikaikan hak-hak keistimewaan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan turut wajar digugurkan kelayakan bertanding pilihan raya.

Beliau berkata cadangan menetapkan setiap syarat kelayakan itu bagi memperkasa integriti calon dan parti politik yang bertanding dalam pilihan raya, sekali gus bergerak ke arah kematangan demokrasi.

“Kita mengharapkan agar amalan demokrasi terus subur dan bersih daripada budaya rasuah dan salah laku yang sehingga akhirnya mengorbankan kepentingan rakyat,” katanya, yang turut meminta kerajaan menyegerakan penggubalan akta pendanaan politik bagi membanteras budaya politik wang dalam kalangan parti politik. - Bernama

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad