Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


PM, Tolong Waspada Musuh Dalam Selimut

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2022 11:43AM

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejak sosok dikenali sebagai Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ini menduduki kerusi Perdana Menteri, tidak keterlaluan jika dikatakan hidupnya berubah secara total.

Segala tingkah laku menjadi perhatian, setiap tutur kata mengundang untuk dinilai, hatta dari aspek berpakaian pun beliau sentiasa dihakimi. 

Berjuta mata memandang dengan penuh minat dan berbaris juga panel penilai yang akan menyelidik peribadi dan kriteria dimiliki seorang Ismail Sabri.

Sejak sosok dikenali sebagai Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ini menduduki kerusi Perdana Menteri, tidak keterlaluan jika dikatakan hidupnya berubah secara total - Gambar Fail
Sejak sosok dikenali sebagai Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ini menduduki kerusi Perdana Menteri, tidak keterlaluan jika dikatakan hidupnya berubah secara total - Gambar Fail

Seampuh manakah beliau? Seteguh apakah beliau menangkis sepak terajang musuh yang sentiasa mencari ruang membenamnya sehingga ke dasar dan selincah manakah beliau mengelak segala rejaman tombak atau tikaman keris politik tanpa henti, sejak setahun lalu? 

Beliau barangkali tidak selantang tokoh politik lain, tidak ‘secabul’ segelintir ‘warlord’ apabila berbicara dan tidak seangkuh sesetengah persona yang kita tahu.

Tanpa semua elemen itu, ternyata Ismail Sabri memiliki kriteria tersendiri apabila mampu memikat hati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk berkenan menerima beliau sebagai Perdana Menteri kesembilan.

 

Satu Tahun Dan Musuh Dalam Selimut

Sudah satu tahun dan selama 365 hari atau lebih ini, Ahli Parlimen Bera itu tidak terlepas dari rantaian ujian, sama ada secara zahir atau tersembunyi.

Serangan musuh politik mudah ditangkis kerana mereka nyata dan zahir di depan mata. Sekilas pergerakan, sudah jelas kelibat mereka maka mudah mengatur jurus tertentu untuk mengelak.

Tapi, apa ‘mantera’ perlu dilafaz andai musuh memilih bersembunyi di balik selimut, menikam dalam diam dan bergerak dalam pekatnya malam? 

Ismail Sabri memiliki kriteria tersendiri apabila mampu memikat hati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk berkenan menerima beliau sebagai Perdana Menteri kesembilan - Gambar Fail
Ismail Sabri memiliki kriteria tersendiri apabila mampu memikat hati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk berkenan menerima beliau sebagai Perdana Menteri kesembilan - Gambar Fail

Taklimat khas di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) semalam yang dihadiri lebih 3,000 ahli UMNO sedikit sebanyak memberi isyarat kepada Perdana Menteri, tolong berhati-hati dengan musang berbulu ayam.

Bagaimana ahli sebuah parti yang asasnya bersumpah setia bersama pemimpin, boleh bertindak mengeji dan mencerca hanya kerana merasakan kehendak mereka tidak dituruti?

Mengejek, mempersenda, mencemuh di belakang, kala individu terbabit tidak berada di depan mata, bukankah itu kelaziman seorang pengecut?

Sebaik sahaja nama Ismail Sabri disebut di Dewan Merdeka, ahli seolah hilang akal; mengejek dan mencemuh walhal beliau adalah pemimpin nombor satu negara.

Apa semua ini? Inikah cara hormat yang sewajarnya untuk seorang Perdana Menteri?

Orang mengail di Kuala Bentan, umpama dilumur dengan lumut, menggunting dalam lipatan, itulah musuh dalam selimut.

Taklimat khas di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) semalam yang dihadiri lebih 3,000 ahli UMNO sedikit sebanyak memberi isyarat kepada Perdana Menteri, tolong berhati-hati dengan musang berbulu ayam - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Taklimat khas di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) semalam yang dihadiri lebih 3,000 ahli UMNO sedikit sebanyak memberi isyarat kepada Perdana Menteri, tolong berhati-hati dengan musang berbulu ayam - Gambar oleh Abdul Razak Latif

 

Taklimat Khas Dan Membela Penjenayah

Sejak ditubuhkan pada 1946, UMNO kemas menjunjung objektif dan misi perjuangan, iaitu bergerak sebagai wadah yang menyatu bangsa Melayu, berbakti kepada agama dan negara, bahkan meniup api ketuanan agar sentiasa menyala.

Bersatu kita bersatu, dengan setia berganding bahu,

Jiwa teguh berpadu, kita rumpun Melayu

Bersama kita bersama, menjunjung hasrat semua

Berjasa pada bangsa, agama dan negara.

Bait lagu rasmi UMNO ini sebenarnya sarat dengan makna, antara lain menyemarak ikatan perpaduan agar tak putus ditelan zaman dan tak usang dibadai sengketa.

Maka, selepas 76 tahun mengapa UMNO semakin rakus membilang kuasa serta mengaut harta? Ke mana hilang sumpah dan ikrar setia? 

Bukankah persidangan UMNO sewajarnya menjadi medan untuk membincangkan hal ehwal dan memartabatkan komuniti Melayu?
Bukankah persidangan UMNO sewajarnya menjadi medan untuk membincangkan hal ehwal dan memartabatkan komuniti Melayu?

UMNO yang selama ini gagah membela nasib bangsa tiba-tiba hilang arah; bermula dengan skandal rasuah beberapa pemimpin utama dan kes mahkamah, parti keramat Melayu ini semakin tumpul taringnya. 

Lihat sahaja semalam. Bagaimana api perjuangan yang suci boleh dicemari dengan agenda membela penjenayah? 

Bukankah persidangan UMNO sewajarnya menjadi medan untuk membincangkan hal ehwal dan memartabatkan komuniti Melayu? 

Asas perjuangan UMNO ialah menjaga kebajikan orang Melayu, justeru segala hal dan ruang lingkup berkaitan perlu direncanakan sebaiknya, dan itu juga yang harus menjadi matlamat pelaksanaan sesebuah persidangan.

Sejujurnya, amat menjengkelkan apabila apa yang dilihat di Dewan Merdeka semalam hanyalah satu acara berpaksikan kepentingan individu tertentu.

Betapa sayang pun atau berapa dalam pun kasih tercurah, hakikatnya Datuk Seri Najib Razak sudah disabitkan bersalah, bersandarkan kekukuhan bukti yang ada
Betapa sayang pun atau berapa dalam pun kasih tercurah, hakikatnya Datuk Seri Najib Razak sudah disabitkan bersalah, bersandarkan kekukuhan bukti yang ada

Betapa sayang pun atau berapa dalam pun kasih tercurah, hakikatnya Datuk Seri Najib Razak sudah disabitkan bersalah, bersandarkan kekukuhan bukti yang ada.

Beliau dengan kuasa yang ada satu ketika dahulu merenggut kepercayaan rakyat apabila memilih untuk terpalit dalam skandal rasuah bernilai bilion ringgit.

Hari ini, beliau sudah menerima natijah atas semua kesalahan dilakukan, justeru mengapa perlu namanya dilaungkan sebagai wira, sedangkan sistem kehakiman sudah membuktikan sebaliknya?

Sejak bila UMNO itu Najib dan Najib itu UMNO? 

 

Kerisauan Ahli Lama, Kerakusan Pemimpin Baharu

Seorang veteran UMNO, Akil Abdullah Sani, 78, dari sebuah bahagian di Perak memberitahu Getaran, dia sedih melihat UMNO yang semakin hilang arah dan tujuan.

Dia bilang, UMNO sekarang berbanding dahulu, seakan sudah tersasar dari objektif perjuangan sebenar.

Sejak bila UMNO itu Najib dan Najib itu UMNO?
Sejak bila UMNO itu Najib dan Najib itu UMNO?

“Belum pernah dalam sejarah, Perdana Menteri dari UMNO disabitkan dengan kesalahan jenayah dan dihukum penjara. Inilah kali pertama, dan malangnya individu itu sendiri bersusur galur dari seorang pemimpin yang terbilang namanya.

“Ini pada saya, umpama UMNO itu dipalit dengan najis. Busuk dan memualkan, apatah lagi ia tersebar seluruh pelusuk dunia,” katanya.

Rakan Akil, Aliman Karim, 82, pula lebih sinikal.

“Sudah buat salah, tak malukah mahu minta pengampunan Diraja? Ahli parti pula mengikut sahaja bagaikan lembu dicucuk hidung. 

“Ini sebenarnya untuk menyelamatkan ‘si polan’ itu atau ada orang lain juga mahu menumpang tuah? Ya lah, untung-untung selamat juga dia kalau kesnya juga boleh digugurkan,” katanya sinis.

Mengakui masih setia bersama parti, Akil dan Aliman enggan bersekongkol dengan penjenayah dan berharap pendirian itu turut dikongsi ahli lain.

“Yang salah akan tetap bersalah. Yang menanti penghakiman, hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui. Kalaupun mereka bersalah tetapi terlepas di dunia, hukuman di ‘alam sana’ masih menanti, malah lebih perit lagi,” kata Akil. 

Kedua-duanya sempat menitip pesan, Ismail Sabri perlu berhati-hati kerana ranjau nampaknya menanti di sepanjang jalan.

“Perdana Menteri perlu sentiasa waspada. Bukan sedikit hati mengharapkan beliau akan jatuh. Semuanya kerana tamakkan pangkat dan kuasa. Anggaplah ini nasihat daripada seorang ayah,” kata Aliman, ikhlas. -  Getaran, 28 Ogos 2022

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Sewa: JPJ Pulau Pinang Sita 22 Kenderaan, Keluar 63 Saman

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Kesal UNSC Gagal Iktiraf Palestin Sebagai Anggota Penuh PBB

oleh Wartawan Getaran

Semasa 19 jam yang lalu

Peserta Gaza Freedom Flotilla Dari Malaysia Tiba Di Istanbul