web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Ayuh Malaysia’ Mampu Tewaskan Media Sosial Najib - Rafizi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2022 4:12PM

Kempen Ayuh Malaysia bertujuan menghapuskan maklumat tidak tepat dalam talian. - Gambar dari Facebook Rafizi Ramli

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kempen ‘Ayuh Malaysia’ yang dilancarkan PKR hampir menewaskan capaian Facebook mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, UMNO dan Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Presidennya, Rafizi Ramli.

“Memandangkan capaian media sosial Najib hanya di Facebook, gabungan jejak media sosial oleh personaliti Pakatan Harapan (PH) di pelbagai platform boleh mengatasi beliau, UMNO dan BN menjelang bulan depan.

“Capaian kami di media sosial bukan hanya mengenai jumlah pengikut. Ia juga berdasarkan bilangan tanggapan, penglibatan dan paling penting, perkongsian.

“Terdapat banyak akaun yang mempunyai jutaan pengikut dengan bantuan ‘troll farm’ tetapi mereka tidak mempunyai banyak perkongsian,” katanya kepada kira-kira 300 penyokong di Wangsa Maju di sini semasa pelancaran trak kempen Ayuh Malaysia, malam tadi.

Kempen tersebut bertujuan menghapuskan maklumat tidak tepat dalam talian dan laporan mengenainya akan dikeluarkan dalam masa dua hingga tiga minggu lagi.

Dalam pada itu, Rafizi berkata, kempen berkenaan berjalan lancar dan cuba mengembalikan keterujaan yang sama seperti disaksikan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018.

Tambahnya, trak Ayuh Malaysia menyasarkan untuk bergerak ke enam kerusi Parlimen setiap hujung minggu bermula bulan ini dan kekerapannya akan ditingkatkan menjelang Oktober, terutamanya kerusi marginal.

“Kebanyakan kerusi yang disandang PKR adalah sama ada marginal atau campuran, bermakna undi tidak tetap. Prestasi di kerusi marginal akan menentukan apa yang berlaku kepada PH,” katanya.

Mengenai kepentingan trak itu, Rafizi berkata, ia memberi rakyat sesuatu untuk diikuti sambil memberikan pengundi, terutama mereka yang ‘di atas pagar’, keyakinan untuk keluar mengundi.

“Walaupun sentimen semasa di lapangan menentang BN kerana dakwaan salah laku didedahkan, PH juga dilihat lemah dan bukan pilihan segera untuk pengundi.

“Kepada mereka yang bukan peminat BN tetapi juga berhati-hati dengan PH, beri kami masa satu atau dua bulan untuk membuktikan kami akan melawan,” katanya.

Jelas beliau, tinjauan dijalankan Invoke Malaysia mendapati tahap kebahagiaan rakyat menurun secara drastik, dengan kira-kira 80 peratus responden pada bulan lalu mengatakan mereka amat tidak berpuas hati dengan keadaan ekonomi semasa.

Rafizi berkata, peratusan (mengundi) tahun ini lebih rendah berbanding semasa menjelang PRU 2018 di mana PH memenangi 113 kerusi, berbanding BN yang memperoleh hanya 79 kerusi. - The Vibes, 21 Ogos, 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion: Rafizi Hadir Ke SPRM, Serah Dokumen 28 Muka Surat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Titah Adendum: Najib Fail Rayuan Untuk Tahanan Rumah

4

Kolum 5 bulan yang lalu

Najib Razak: Segalanya Telah Berakhir

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 4 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka  Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad