web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


UMNO Tidak Boleh Lagi Harapkan MCA, MIC? Saravanan Tempelak Nur Jazlan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2022 6:12PM

M. Saravanan - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed kononnya parti itu tidak lagi boleh berharap kepada MCA dan MIC untuk memenangi pilihan raya umum (PRU), adalah antara punca yang membawa kepada kejatuhan gabungan Barisan Nasional (BN).

Membidas kenyataan itu, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan berkata, kewujudan individu seperti Nur Jazlan dalam UMNO adalah penyebab mengapa parti berkenaan dibenci rakyat sebelum ini.

Beliau yang juga Menteri Sumber Manusia menegaskan, semua parti dalam gabungan BN sepatutnya membantu dan mengukuhkan antara satu sama lain.

"Kerajaan hari ini di bawah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri cuba mempertahankan institusi ini tetapi orang macam Nur Jazlan yang cepat melatah.

"Ini adalah masalah yang dihadapi melibatkan beberapa individu tidak sedar peranan (mereka). Kita (MIC) sudah memberi sumbangan pada waktu lalu, kita menjadi deposit tetap bagi BN, jangan (lupa) masa ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum ini, Nur Jazlan yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor dilaporkan sebagai berkata, UMNO tidak boleh lagi terlalu mengharapkan parti komponen BN lain iaitu MCA dan MIC untuk memberikan sumbangan besar kepada gabungan berkenaan pada PRU nanti.

Beliau berkata, di sebalik reformasi yang kononnya sudah dilakukan dua parti itu, pengundi bukan Melayu masih tidak dilihat kembali ‘berduyun-duyun’ menyokong mereka atau BN. 

Malah menurutnya, kesemua calon kedua-dua parti terbabit juga dikatakan masih 80 peratus bergantung kepada pengundi UMNO pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor. 

Mengulas lanjut, Saravanan menambah, kemenangan selesa bukan lagi sasaran BN, namun biarlah UMNO, MCA, MIC membawa undi 1,000 atau 2,000 bagi menentukan kemenangan kelak.

Jelasnya, ketiga-tiga parti itu adalah sebuah perjuangan dan bukan ditubuhkan semata-mata untuk kepentingan individu tertentu.

"Tidak sedar dirikah semua tinggal UMNO? Yang hidup dengan UMNO ini MIC dan MCA sahaja kalau tidak, BN tidak wujud," katanya. - Getaran, 19 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Palanivel Meninggal Dunia

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Lucut Hak Mengundi Ahli, Exco MCA Langgar Prinsip Demokrasi, Amalkan Nepotisme - SCA

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Luar Negara 4 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka  Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran